Elite Express

Pandu Laju Perjalanan Kepimpinan Anda dengan Elite Express!

Selepas persediaan selama beberapa bulan, dengan bangganya kami ingin memperkenalkan program Elite Express kami yang baharu!
Elite Express, yang merupakan sambungan kepada program global Silver in 6 (Si6) kami yang berjaya, akan memberi ganjaran kepada lebih ramai ahli dengan produk yang bernilai tinggi serta kebaikan yang berganda yang merangkumi:
- iPad Mini Gold
- Koleksi eksklusif 30 jenis minyak
- FitBit Charge HR boleh pakai
- Koleksi 5 jenis pembaur
- 1,000 mata Essential Rewards
- Dan banyak lagi
Kesimpulannya: Program ini menawarkan ganjaran hebat untuk usaha yang berganda. Dengan ganjaran dalam nilai runcit $9,4747* ahli tidak akan mendapat cara yang lebih baik untuk mencapai impian mereka dan mencipta jalan ke arah kepimpinan!
Jika program Si6 memberikan ganjaran kepada ahlinya yang mencapai pangkat Silver dari Executive dalam tempoh enam bulan atau kurang, Elite Express pula menawarkan ganjaran kepada leaders berprestasi tinggi yang mencapai pangkat Executive, Silver, Gold dan Platimun dalam rangka masa yang tertentu. Satu jejak ganjaran bonus boleh didapati bagi mereka yang mencapai pangkat Platinum dari Star dalam tempoh 20 bulan atau kurang!
Kaedah Program:
Terdapat empat jejak yang anda boleh ikuti, dengan jejak pertama yang bermula setelah anda mendapat pangkat Star. Untuk melayakkan diri, anda mesti mengekalkan pangkat kelayakan anda sepanjang tempoh kelayakan bagi setiap jejak yang bermula dalam bulan selepas anda mencapai pangkat buat kali pertama. Ini membenarkan anda untuk mendapat masa tambahan bagi melayakkan diri dan terus berjaya.
KLIK SINI UNTUK MELIHAT AHLI YANG LAYAK UNTUK BULAN INI
Klik sini untuk melihat ahli yang layak bagi bulan lepas.
Executive in 3 (Ei3)
- Pangkat Kelayakan: Star
- Tempoh Kelayakan: Tiga bulan kalendar dari kelayakan kali pertama sebagai Star
- Pengekalan: Kekal dalam pangkat Star atau Senior Star dalam setiap tiga bulan kelayakan
- Ganjaran: Koleksi Seed to Seal® iaitu Pembaur Aria™ dan minyak pati Peppermint, Idaho Blue Spruce dan Ylang Ylang 5ml; padfolio berjenama Young Living. Nilai Runcit: USD$424*
Silver in 6 (Si6)
- Pangkat Kelayakan: Executive
- Tempoh Kelayakan: Enam bulan kalender dari kelayakan kali pertama sebagai Executive
- Pengekalan: Kekal dalam pangkat Executive dalam setiap enam bulan kelayakan
- Ganjaran: Koleksi eksklusif yang merupakan 30 minyak pati 15ml, FitBit Charge HR. Nilai Runcit: USD$1,650*
Gold in 6 (Gi6)
- Pangkat Kelayakan: Silver
- Tempoh Kelayakan: Enam bulan kalender dari kelayakan kali pertama sebagai Silver
- Pengekalan: Kekal dalam pangkat Silver dalam setiap enam bulan kelayakan
- Ganjaran: Bekalan setahun NingXia Red; koleksi Thieves®; iPad Mini Gold. Nilai Runcit: USD$1,835*
Platinum in 5 (Pi5)
- Pangkat Kelayakan: Gold
- Tempoh Kelayakan: Lima bulan kalendar dari kelayakan kali pertama sebagai Gold
- Pengekalan: Kekal dalam pangkat Gold dalam setiap lima bulan kelayakan
- Ganjaran: Koleksi pembaur Premier Aroma, termasuk AromaLux™, DewDrop™, USB, Rainstone™, dan pembaur Dino Land™; Beg Berjenama. Nilai Runcit: USD$4,265*
BONUS: Elite 20 (E20)
- Pangkat Kelayakan: Star
- Tempoh Kelayakan: 20 bulan kalendar dari kelayakan kali pertama sebagai Star
- Pengekalan: Mesti melayakkan diri dalam keempat-empat jejak ganjaran dalam tempoh 20 bulan untuk melayakkan diri
- Ganjaran: 1,000 mata Essential Rewards dan pendaftaran percuma ke Konvesyen Antarabangsa. Nilai Runcit: USD$1,230*
Jika anda telah mencapai satu daripada pangkat kelayakan ini, anda mungkin masih layak untuk menyertai satu atau lebih jejak dalam program Elite Express. Sebagai contoh, jika Jill telah mencapai pangkat Silver dan mengekalkannya sebelum Elite Express dilaksanakan secara rasmi, dia masih lagi layak untuk menyertau jejak ganjaran Gi6 dan Pi5. Jika anda berada atas jejak yang melayakkan anda pada program Si6 kami yang terkini dengan melayakkan diri pada pangkat Executive sebelum 19 Februari 2016, anda boleh meneruskannya dan merebut ganjaran Koleksi Premier Aroma dalam Si6 dan melayakkan diri untuk Gi6 dan Pi5.
Program Elite Express merupakan ganjaran tambahan dalam program penghargaan kami dan ia secara suka rela sepenuhnya. Kami amat teruja untuk melihat bagaimana ahli kami yang menakjubkan ini mengambil peluang yang unik dan terus menjadi memimpin pasukan mereka!
Klik sini untuk Peraturan Rasmi
Klik sini untuk FAQ
Klik sini untuk muat turun Risalah Elite Express
* Nilai jangkaan. Nilai sebenar mungkin berubah mengikut wilayah.