Ladang Young Living

Soalan Lazim Penuaian Lavender

Apakah itu Penuaian Lavender?
Penuaian Lavender tahunan merupakan masa istimewa apabila pekerja dan pengedar Young Living berkumpul bagi menuai lavender harum di penghujung musim penanaman. Hadirin bekerja bersama-sama pengasas dan CEO Young Living, D. Gary Young di ladang St. Maries, Idaho, kami sambil mempelajari tentang proses Seed to Seal® Young Living dan prinsip pertanian yang tidak lapuk dek zaman yang digunakan di ladang itu.
Di manakah saya boleh mendaftar untuk acara itu?
Sila kunjungi youngliving.com/lavenderharvest untuk mendaftar untuk Penuaian Lavender 2013.
Bilakah acara akan diadakan?
Penuaian akan bermula dari 29 Julai hingga 3 Ogos.
Berapakah yuran yang dikenakan?

- $100 setiap orang untuk penginapan asrama

- $150 untuk bilik berkongsi dua orang

Bagaimana jika saya memutuskan untuk membatalkan pendaftaran saya?
Sekiranya berlaku pembatalan, pendaftaran boleh dipindahkan kepada orang lain. Tetapi, disebabkan oleh keadaan acara ini dan perbelanjaan yang terlibat dalam perancangan untuk setiap hadirin, pembayaran balik tidak dibenarkan.
Siapakah yang boleh menghadiri acara ini?
Semua pengedar yang berusia 18 tahun dan ke atas boleh menghadiri acara ini. Peserta mestilah cergas dari segi fizikal dan boleh mengangkat seberat 35 paun, tahan suhu melampau, dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang lasak.
Di manakah saya akan tinggal semasa penuaian?
Hadirin boleh tinggal di unit perumahan asrama Young Living. Kompleks bangunan mempunyai kawasan perumahan umum dengan katil dua tingkat dan bilik peribadi dua orang. Kompleks juga mempunyai bekalan elektrik, air paip, bilik mandi, pancuran, mesin basuh dan pengering.
Adakah makanan akan disediakan?
Young Living akan menyediakan tiga hidangan sehari, bersama-sama buah, air, dan snek. Snek persendirian boleh dibawa, tetapi mesti disimpan oleh pemilik.
Apakah yang patut saya bawa?
Sila bawa item yang disarankan berikut:

Pakaian

Sarung tangan kerja (dua pasang)

Pakaian dan pakaian dalam untuk cuaca sejuk

Jeans dan kemeja untuk bekerja

But kerja dan stoking

Kemeja peluh

Pajama

Selipar

Selipar mandi

Kasut

Pakaian mandi atau seluar pendek untuk tab panas

Peralatan

Lampu suluh dan bateri

Kamera

Barangan penjagaan peribadi

Tuala dan kain basuhan

Beg tidur dan/atau selimut

Bantal