Ladang Young Living


Sertai Kami Di Acara Menuai Lavender 2013!


Masa untuk Acara Menuai Lavender tahunan di ladang kami di St. Maries, Idaho semakin hampir! Setiap tahun kami meraikan penghujung musim menanam dengan menuai lavender harum yang akan disulingkan dan dibotolkan sebagai minyak pati yang tulin dan mujarab. Sertai Pengasas Young Living dan CEO D. Gary Young 29 Julai-3 Ogos untuk mendapatkan pengalaman yang menakjubkan ini!
Di acara menuai itu, anda akan berpeluang untuk:
Bekerja bersama dan mempelajari daripada Gary Young apabila anda menyertai proses Seed to Seal® unik Young Living
Mainkan peranan utama apabila kita menuai, memproses, menyediakan, dan menyuling bahan botani yang berharga menjadi minyak pati
Bekerja dengan pengedar lain yang bersemangat dan jalinkan persahabatan yang berkekalan dan cipta kenangan
Temui penghargaan baru dan mendalam kepada komitmen Young Living kepada kualiti dan ketulenan.

Kos

Kos untuk menghadiri Acara menuai itu ialah $100 seorang di dalam penginapan umum kami atau $150 untuk bilik berkongsi dua orang. Ruang tersedia berdasarkan siapa cepat, dia dapat, jadi daftar sekarang dengan mengklik di sini!

Sekiranya berlaku pembatalan, pendaftaran boleh dipindahkan kepada orang lain. Tetapi, disebabkan oleh sifat acara ini dan perbelanjaan yang terlibat semasa merancang untuk setiap peserta, tiada bayaran balik dibenarkan. Pendaftaran perlu dipindahkan sebelum 15 Julai, 2013.

Penginapan

Semasa berada di ladang St. Maries, peserta boleh tinggal di satu daripada unit penginapan dorm kami. Kompleks bangunan itu mempunyai kuasa elektrik dan air paip dan termasuk bilik air, pancuran, mesin basuh, dan pengering.

Young Living akan menyediakan makanan tiga kali sehari. Buah-buahan, air, dan sedikit snek juga akan tersedia sepanjang hari. Snek persendirian boleh dibawa tetapi mesti disimpan oleh pemilik.

Perancangan Perjalanan

Lapangan Terbang yang terdekat dengan ladang St. Maries ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Spokane di Spokane, Washington. Young Living akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik secara percuma daripada lapangan terbang ke ladang yang bertolak jam 4 ptg pada 29 Julai. Sila aturkan pelan penerbangan anda sewajarnya dan pastikan anda tiba tidak lewat daripada 3 ptg. Perkhidmatan ulang-alik akan bertolak dari Lapangan Terbang Spokane Ramada, dan hadirin harus berkumpul di sana. Sila e-mel maklumat penerbangan anda ke mking@youngliving.com sebelum 15 Julai, 2013.

Selepas acara berakhir, perkhidmatan ulang-alik akan kembalikan peserta ke lapangan terbang, bertolak dari ladang pada jam 9 pagi pada hari terakhir. Penerbangan harus dijadualkan berlepas selepas 12 tgh hari bagi memastikan masa perjalanan yang mencukupi ke lapangan terbang.

Jika perkhidmatan ulang-alik itu terlepas atas apa-apa sebab, anda perlu membuat dan membayar untuk rancangan perjalanan anda sendiri. Jika anda merancang untuk menginap di tempat yang lain daripada penginapan ladang, anda bertanggungjawab ke atas perjalanan ke ladang dan kembali. Sila e-mel ke mking@youngliving.com jika anda memandu ke acara menuai atau akan menginap di tempat yang jauh dari ladang.

Apa yang Perlu Dibawa

Pakaian
Sarung tangan kerja (dua pasang)
Pakaian dan pakaian dalam untuk cuaca sejuk
Jeans dan kemeja untuk bekerja
But kerja dan stoking
Kemeja peluh
Pajama
Selipar
Selipar mandi
Kasut
Pakaian mandi atau seluar pendek untuk tab panas
Peralatan
Lampu suluh dan bateri
Kamera
Barangan penjagaan peribadi
Berus kuku
Tuala dan kain basuhan
Beg tidur dan/atau selimut
Bantal

Tugasan Kerja

Semua kerja di acara menuai akan ditugaskan. Untuk memohon tugasan tertentu, sila e-mel ke mking@youngliving.com dan permohonan itu akan dipertimbangkan. Semua permohonan akan diambil berdasarkan turutan pernerimaan permohonan, dan tugasan akan diberikan setelah tiba di ladang.

Kelayakan

Semua pengedar yang berusia 18 tahun dan ke atas boleh menghadiri acara ini. Peserta mestilah cergas dari segi fizikal dan boleh mengangkat seberat 35 paun, tahan suhu melampau, dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang lasak.
Untuk soalan-soalan lazim klik di sini.