News

Young Living Ditampilkan dalam Majalah Utah Valley

BANDAR SALT LAKE—9 September 2013—Young Living, Peneraju Dunia dalam Essential Oils® di tampilkan dalam keluaran semasa Majalah Utah Valley. Edisi “Jangka Panjang” istimewa ini memberi penghargaan kepada syarikat yang bertahan lama dalam komuniti. Meraikan 19 tahun dalam perniagaan, Young Living berbangga dengan kemajuannya setakat ini dan lebih teruja tentang masa hadapan.

“Ia benar-benar bukti kepada dasar pengguna kami,” kata Ketua Pegawai Operasi, Travis Ogden tentang usia perniagaan Young Living. “Mereka sangat setiap kepada produk kami. Produk itu berkesan, maka pelanggan terus membelinya.”

Young Living dipimpin oleh pengasas dan CEO, D. Gary Young, ND, yang pengetahuan dan pengalaman dengan minyak pati tiada tandingan. Objektif syarikat sejak dahulu lagi adalah untuk berkongsi kesihatan ke seluruh dunia dengan menyediakan minyak pati dan produk seduhan minyak pati yang tulen, asli, dan berkesan.

Dengan tawaran produknya yang terkuat dalam sejarah dan pencapain global yang semakin berkembang, Young Living berada pada kedudukan untuk meraikan lebih banyak tahun yang memecahkan rekod dalam perniagaan. Untuk membaca lebih lanjut, klik di sini. *

Perihal Young Living
Minyak Pati Young Living dikenali di dunia kerana minyak pati dan campuran minyak patinya, makanan tambahan berkhasiat yang diseduh minyak, produk mandian dan badan, penyelesaian penjagaan kulit, dan penyediaan semula jadi untuk rumah. Sistem jualan langsungnya menawarkan beribu-ribu Pengedar Bebas satu model perniagaan unik bagi berkongsi mesej kesihatan, tujuan, kemewahan, dan kebahagiaan Young Living.

Untuk maklumat lanjut, layari youngliving.com

*Dengan menjadikan pautan ini tersedia kepada pengguna, Young Living tidak mengesahkan kandungan pautan. Young Living menyediakan pautan ini bagi tujuan penyaluran maklumat sahaja.