News

Young Living Menaja Acara Berbasikal untuk Kesihatan Mental

BANDAR SALT LAKE—31 Julai 2013—Young Living, Peneraju Global dalam Essential Oils®, baru-baru ini menjadi hos NAMI Bikes Utah: Acara GLMR. Tunggangan basikal tahunan itu, yang diadakan pada 27 Julai, mempromosikan kesedaran penyakit mental dan pencegahan bunuh diri.

Penunggang basikal profesional, Chase Pinkham dan lebih daripada 150 penunggang basikal lain berkumpul di gudang Young Living di Spanish Fork, Utah, bagi menunggang melalui kawasan desa yang bersih dan ladang lavender Young Living di Mona.

“Young Living ialah syarikat yang menggalakkan gaya hidup sihat. Kami sangat gembira dengan peluang untuk menyokong bukan sahaja komuniti berbasikal tetapi, lebih penting lagi, tujuan yang sangat baik dengan NAMI,” kata Travis Ogden, ketua pegawai operasi. “Fokus mereka untuk membantu orang lain, memberikan harapan, dan memulihkan keluarga bertepatan dengan misi Young Living, dan kami rasa bertuah dapat menyertai acara ini dengan NAMI.”

NAMI, Persatuan Kebangsaan Penyakit Mental, merupakan organisasi penyakit mental dasar yang terbesar dalam negara, didedikasikan untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada berjuta-juta rakyat Amerika yang terjejas oleh penyakit mental. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang organisasi dan tunggangan basikal, klik di sini.*

Perihal Young Living
Minyak Pati Young Living dikenali di dunia kerana minyak pati dan campuran minyak patinya, makanan tambahan berkhasiat yang diseduh minyak, produk mandian dan badan, penyelesaian penjagaan kulit, dan penyediaan semula jadi untuk rumah. Sistem jualan langsungnya menawarkan beribu-ribu Pengedar Bebas satu model perniagaan unik bagi berkongsi mesej kesihatan, tujuan, kemewahan, dan kebahagiaan Young Living.

Untuk maklumat lanjut, layariyoungliving.com


*Dengan menjadikan pautan ini tersedia kepada pengguna, Young Living tidak mengesahkan kandungan pautan. Young Living menyediakan pautan ini bagi tujuan penyaluran maklumat sahaja. Sentiasa ikuti arahan penggunaan pada label produk Young Living.