News

Minyak Pati Young Living Mengumumkan Pertumbuhan Tertinggi

BANDAR SALT LAKE—17 April 2013Young Living, Peneraju Dunia dalam Essential Oils® berbangga mengumumkan pertumbuhan tertinggi dalam suku pertama 2013. Dipacu oleh tenaga Pengedar Bebas yang berdedikasi dan tawaran produk yang terkuat dalam sejarahnya, Young Living telah mencapai suku pertama yang terbesar dan berada pada kedudukan untuk mempercepatkan pertumbuhannya pada masa hadapan.

Selain daripada pencapaian suku tahunan yang memecahkan rekod, Young Living juga memperoleh bulan hasil terbesar dalam sejarahnya pada Mac 2013. Sepanjang masa yang biasanya jualan perlahan dalam industri, Young Living melihat pertumbuhan bulanan yang rancak apabila lebih ramai orang menerima mesej kesihatan, tujuan, dan kemewahan uniknya yang mengubah kehidupan.

Young Living dipimpin oleh pengasas dan CEO, D. Gary Young, yang pengetahuan dan pengalamannya dengan minyak pati tiada tandingan. Melalui wawasan dan fokus Young untuk memberikan produk minyak pati yang paling canggih dan berkualiti tertinggi, pengembangan seluruh dunia Young Living memecut, dengan tiga pasaran baharu dibuka atau dirancang dalam 2013 sahaja.

“Pengembangan luar biasa yang dicapai oleh Young Living merupakan bukti usaha pengedar kami yang hebat dan kerja berpasukan yang tiada tandingan yang wujud antara pengasas syarikat, pekerja, dan pengedar kami,” kata Travis Ogden, ketua pegawai operasi. “Kami berada di laluan yang betul dalam meraikan tahun terbesar kami dalam sejarah syarikat, dan kami hanya baru bermula di permukaan untuk mengetahui keupayaan Young Living untuk berjaya.”

Perihal Young Living
Minyak Pati Young Living dikenali di dunia kerana minyak pati dan campuran minyak patinya, makanan tambahan berkhasiat yang diseduh minyak, produk mandian dan badan, penyelesaian penjagaan kulit, dan penyediaan semula jadi untuk rumah. Sistem jualan langsungnya menawarkan beribu-ribu Pengedar Bebas satu model perniagaan unik untuk berkongsi mesej Young Living yang berkaitan dengan kesihatan, tujuan, dan kemewahan. Untuk maklumat lanjut, lawati youngliving.com/ms_MY/