News

Young Living Menutup Konvensyen Agung Antarabangsa 2013 dengan Fokus kepada Produk Bertaraf Dunia dan Teknologi Baharu

BANDAR SALT LAKE—2 Julai 2013—Young Living, Peneraju Dunia dalam Essential Oils®, baru-baru ini menamatkan Konvensyen Agung Antarabangsa paling menarik yang pernah diadakan. Dari 17-22 Jun, pengedar dan pemimpin Young Living dari seluruh dunia berkumpul di Bandar Salt Lake dan ladang Whispering Springs di Mona, Utah, untuk belajar, diberi ilham, dan dihiburkan. Penceramah penting termasuk pengasas dan presiden Young Living, D. Gary Young; penerbit majalah Success, Darren hardy; dan penulis dan penceramah motivasi yang terkenal di dunia, Dr. Wayne Dyer.

“Apa Young Living lakukan sebagai syarikat akan mengubah kesedaran planet,” kata Dr. Dyer, yang juga merupakan pengguna tegar produk Young Living.

Tema konvensyen—“Percaya”— bersesuaian dengan beribu-ribu hadirin, yang menikmati bengkel pimpinan pakar yang bermaklumat; tiga pembentangan utama yang berinspirasi; dan pelancaran beberapa produk baharu yang paling mengujakan, alatan perniagaan dan perkhidmatan yang Young Living tawarkan, termasuk laman web ditingkatkan, perkhidmatan halaman Facebook yang tersuai, dan proses pendaftaran yang lebih mudah daripada sebelum ini.

Sorotan konvensyen tahun ini adalah keluaran enam produk inovatif baharu, termasuk NingXia Nitro™ dan Bar Slique™ yang memberi tenaga, Paket Sampel Minyak Pati, Ubat Gigi AromaBright™ Thieves®, Flos Gigi Thieves, dan campuran dirumus semula Believe™.

Perihal Young Living
Minyak Pati Young Living dikenali di dunia kerana minyak pati dan campuran minyak patinya, makanan tambahan berkhasiat yang diseduh minyak, produk mandian dan badan, penyelesaian penjagaan kulit, dan penyediaan semula jadi untuk rumah. Sistem jualan langsungnya menawarkan beribu-ribu Pengedar Bebas satu model perniagaan unik bagi berkongsi mesej kesihatan, tujuan, kemewahan, dan kebahagiaan Young Living.
Untuk maklumat lanjut, layariyoungliving.com