News

YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS MENGUMUMKAN KETUA PEGAWAI EKSELUTIF BAHARU

[Lehi, UT] [25 Jun, 2015] –Young Living Essential Oils, peneraju dunia dalam minyak pati, mengumumkan kenaikan pangkat Mary Young sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya. Gary Young dengan sukarelanya telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif supaya beliau boleh meneruskan menerokai minatnya yang pelbagai, mengamanahkan isterinya untuk menerajui perkembangan masa depan syarikat.

Latar belakang Mary yang luas dalam perancangan pemasaran dan cintanya untuk industri ini, menjadikan ini peluang yang mengujakan untuk beliau. Pengalaman Mary sebagai pengedar selama 10 tahun dan sebagai eksekutif korporat selama 20 tahun telah menyediakannya untuk peluang baharu ini bersama Young Living.

Gary menanti-nanti untuk meneruskan usaha kehidupannya dalam kesejahteraan dan juga mempunyai lebih banyak masa lapang untuk menumpukan pada penulisan buku dan berkongsi pengetahuan ekstensifnya mengenai minyak pati dengan seluruh dunia. Beliau juga akan terus menumpukan masa dan tenaganya pada keluarganya, inisiatif sivik dan dermawan termasuk keamanan global, kesihatan dunia, dan kerja kebajikan.

"Apa yang bermula lebih daripada dua dekad lalu adalah suatu keinginan peribadi bagi Gary dan saya telah menjadi sebuah syarikat antarabangsa berkomitmen untuk mengubah berjuta-juta kehidupan," kata Mary Young. "Sebelummelancarkan Young Living bersama Gary, saya telah memantapkan dan memperkembangkan perniagaan penjualan langsung yang berjaya saya sendiri. Pengalaman ini telah membawa kepada set minda 'ahli diutamakan' untuk Young Living dan terus membentuk budaya dan polisi kami. Cinta saya untuk gaya hidup Young Living telah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan misi dan manfaat Young Living kepada dunia."

Lebih daripada tiga juta orang menggunakan keluaran Young Living secara sejagat. Mary telah menjadi bahagian penting dalam pertumbuhan ini dan telah menjadi teladan kepada orang lain, oleh kerana beliau telah menumpukan banyak masa beliau untuk membantu orang lain mencapai matlamat mereka.

“Kami mempunyai lebih banyak keluaran baharu, perkongsian, dan peluang-peluang menarik untuk digunakan yang lebih banyak daripada sebelum ini, Mary terus berkata. “Saya akan memimpin pasukan Young Living mengikut jalan kesejahteraan, tujuan dan pertumbuhan pesat yang berterusan."

Dengan kenaikan pangkat Mary kepada Ketua Pegawai Eksekutif, kini Young Living adalah syarikat terbesar yang diurus dan dimiliki oleh wanita di Utah.

“Kami mempunyai banyak rancangan masa depan dan akan membentangkan peluang-peluang baharu dan menarik bagi ahli dan pekerja kami,” kata Mary Young. “Young Living akan senantiasa menjadi sumber terbaik minyak pati bermutu produk-produk seduhan minyak pati, dan kami amat teruja untuk mengalami dan menyaksikan bab menarik seterusnya dalam perkembangan Young Living.”

Mengenai Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC merupakan peneraju dunia dalam minyak pati yang menggunapakai proses 'Seed to Seal' yang ketat untuk menghasilkan keluaran minyak pati tulen bagi setiap individu, keluarga, dan gaya hidup. Proses ini memastikan bahawa semua keluaran adalah asli, bebas daripada bahan kimia sintetik, dan tulen. Komitmen ini berpunca daripada dua puluh tahun pengurusan syarikat terhadap bumi dan penduduknya. Untuk maklumat lanjut, sila lawat: www.youngliving.com.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Dan Rene dari LEVICK di 202-973-1325 atau drene@levick.com