News

Young Living Membantu Usaha Bantuan Tornado di Oklahoma

BANDAR SALT LAKE—5 Jun 2013—Young Living, Peneraju Dunia dalam Essential Oils®, telah menyumbang kepada program Bantuan Bencana Bulan Sabit Merah Amerika, antara usaha lain, bagi membantu mangsa yang terjejas oleh tornado yang teruk dan ribut selepasnya yang baru-baru ini melanda wilayah Oklahoma.

Selain itu, dermaan produk minyak pati yang 100% tulen dan bergred terapi Young Living dihantar kepada pengedar sukarelawan yang memberikan bantuan kepada ramai mangsa bencana dan menyelamatkan haiwan kesayangan melalui penggunaan terapi minyak pati.

“Kami semua bersimpati dengan semua mangsa tornado. Asas Young Living adalah membantu orang lain, dan kami gembira berada pada kedudukan untuk menawarkan beberapa bantuan kepada mangsa tragedi baru-baru ini,” kata Travis Ogden, ketua pegawai operasi Young Living. “Kami khususnya berterima kasih kepada keluarga Young Living kami yang telah berkorban masa dan sumber yang tidak ternilai untuk membantu mereka yang terjejas.”

Young Living menghulurkan bantuan kepada lebih 400 Pengedar Bebasnya yang tinggal di wilayah yang terjejas sambil mereka pulih daripada kesan teruk bencana semula jadi ini dalam komuniti mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh membantu mangsa tornado Oklahoma, sila lawati www.redcross.org.

Perihal Young Living

Minyak Pati Young Living dikenali di dunia kerana minyak pati dan campuran minyak patinya, makanan tambahan berkhasiat yang diseduh minyak, produk mandian dan badan, penyelesaian penjagaan kulit, dan penyediaan semula jadi untuk rumah. Sistem jualan langsungnya menawarkan beribu-ribu Pengedar Bebas satu model perniagaan unik bagi berkongsi mesej kesihatan, tujuan, kemewahan, dan kebahagiaan Young Living. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati youngliving.com