YL Leadership Academy (Kelas 2019)

Peraturan Rasmi
SILA BACA DAN FAHAMI MEKANISME PENUH SEBELUM MENYERTAI KAMI!
TEMPOH KELAYAKAN: 1 OKTOBER 2018 – 31 MAC 2019
Anda sedang mencari insentif tambahan untuk anda memajukan perniagaan YL anda? Sertai YL Leadership Academy kami untuk melonjakkan lagi perniagaan anda dan anda mungkin layak membawa keluarga anda ke Pengembaraan Insentif PERCUMA ke Disneyland, California dan Ladang Mona!

Ringkasan

Penerangan Program

(“Program”) YL Leaderhip Academy telah ditaja oleh Young Living Malaysia Sdn Bhd (“Young Living, Address: GF & L1, Tower 7, Avenue 3, Bangsar South. No.8, Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur, Malaysia ”). Tempoh kelayakan bermula dari 1 Oktober 2018, jam 12:00 pg. (MYT) dan berakhir pada 31 Mac 2019, jam 11:59 mlm. (MYT) (“Tempoh Kelayakan”) dan ia merupakan program 6 bulan yang membenarkan mereka yang membina perniagaan berkecimpung dalam perniagaan Young Living, menuju ke arah mencapai matlamat peribadi dan membina kemahiran kepimpinan di bawah bimbingan dan sokongan Pasukan Jualan Young Living tempatan. Peserta akan diberikan akses untuk perundingan empat mata, susulan melalui panggilan telefon/e-mel, sesi memeriksa kemajuan serta latihan eksklusif dalam talian atau secara perseorangan dan ke acara VIP.

Kelayakan

1. (“Program”) YL Leaderhip Academy adalah terbuka kepada ahli aktif Young Living Malaysia yang berkedudukan baik dengan Young Living, yang telah mencapai pangkat Silver atau lebih tinggi sekurang-kurangnya sekali dari Mac hingga Ogos 2018, berumur 18 tahun ke atas pada 1 Oktober 2018, mempunyai Kad Pengenalan Malaysia yang sah dan mempunyai alamat pengebilan utama (yang disenaraikan pada akaun Ahli mereka) di Malaysia. Program ini tidak terbuka untuk semua ahli dalam negara lain dan pasaran NFR serta akan terbatal di mana terlarang. Ahli yang layak yang telah berjaya mendaftarkan diri untuk Program ini di antara 10-17 September (“Tempoh Pendaftaran”) boleh dirujuk di sini sebagai “Peserta”.
2. YL Coach ialah kakitangan YL daripada Pasukan Jualan kami di pasaran tempatan anda yang akan berkerjasama dengan anda sepanjang 6 bulan akan datang dalam setiap langkah bagi memenuhi keperluan anda dan memastikan anda sentiasa fokus serta meningkatkan keyakinan dan motivasi kendiri anda ketika anda menuju ke arah matlamat dan kemajuan perniagaan anda. Peserta hendaklah bekerjasama dengan Pasukan Jualan Young Living tempatan semasa tempoh kelayakan bagi melengkapkan program dan melayakkan diri untuk memenangi Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang (“Hadiah”).

Keperluan

Peserta akan menghadiri sesi penetapan matlamat secara empat mata dengan YL Coach kami semasa permulaan program. Dalam sesi itu, YL Coach akan menerangkan tentang program, aktiviti dan kriteria untuk melayakkan diri bagi memenanging Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang. Peserta akan bersetuju dengan tiga matlamat yang telah ditetapkan lebih awal dalam penglibatan perniagaan, produktiviti peribadi dan pengurusan pasukan bagi enam bulan yang berikut. Peserta hendaklah mencapai tiga matlamat ini supaya mereka layak memenangi Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang. YL Coach Young Living akan membuat susulan melalui panggilan telefon atau e-mel sebelum janji temu pemeriksaan kemajuan seterusnya di mana aka nada perbincangan tentang tindakan seterusnya. Peserta juga akan dikehendaki untuk menghadiri latihan dalam talian berjadual atau seminar Mastermind tentang pelbagai topik termasuk pembangunan kepimpinan dan pengurusan pasukan sepanjang program 6 bulan ini.

Peserta dikehendaki untuk mengekalkan atau melonjakkan kedudukan daripada pangkat berbayar mereka pada 31 Ogos 2018 (“pangkat Baseline”) sepanjang tempoh kelayakan.
TIGA MATLAMAT
1. Matlamat Penglibatan Perniagaan
2. Matlamat Produktiviti Peribadi
3. Matlamat Pengurusan Pasukan
Setiap ahli yang layak mempunyai Matlamat Penglibatan Perniagaan dan Produktiviti Peribadi yang sama. Matlamat Pengurusan Pasukan dijanakan melalui komputer berdasarkan pangkat dan status organisasi semasa.
1. MATLAMAT PENGLIBATAN PERNIAGAAN
Penglibatan perniagaan diukur melalui pelbagai aktiviti yang menunjukkan penglibatan aktiviti anda dengan Young Living. Semasa tempoh kelayakan, matlamat penglibatan perniagaan anda adalah 1) untuk melengkapkan Pelan Tindakan (dalam bulan yang pertama) dan matlamat mingguan, dan 2) untuk menetapkan jadual dan menghadiri aktiviti bulanan sepanjang tempoh kelayakan tersebut. Pelan Tindakan hendaklah ditetapkan pada permulaan tempoh kelayakan dan mengekalkannya setiap bulan dengan YL Coach kami.
2. MATLAMAT PRODUKTIVITI PERIBADI
Matlamat Produktiviti Peribadi mengukur perkembangan OGV dalam pasaran dalam sesuatu organisasi (tidak termasuk jumlah daripada kaki Gold+). Jumlah OGV yang layak semasa tempoh kelayakan dibandingkan dengan jumlah OGV yang layak di antara Mac dan Ogos 2018 (“OGV Baseline”). Pengiraan itu dijana melalui sistem komputer dan boleh dicapai oleh YL Coach.
3. MATLAMAT PENGURUSAN PASUKAN
Matlamat pengurusan pasukan merujuk kepada struktur organisasi, pasukan dan OGV serta kaki OGV anda secara khususnya. Semasa pertemuan empat mata yang pertama, anda akan diberikan matlamat pengurusan pasukan berdasarkan pada kriteria yang telah ditentukan terlebih dahulu dalam 1) melonjak perkembangan kaki tertentu atau 2) melonjak sejumlah perkembangan kaki baharu pada satu kaki tertentu. Anda tidak akan boleh memilih sendiri; pilihan dan jumlah yang diperlukan akan diberikan kepada anda oleh Young Living berdasarkan pada pangkat berbayar dan struktur organisasi semasa anda apabila anda menetapkan Pelan Tindakan anda.

Hadiah

Berikut merupakan hadiah yang diberikan kepada ahli yang layak menyertai program tersebut. Untuk menerima hadiah, setiap Peserta yang layak hendaklah melengkapkan program 6 bulan tersebut dan mencapai ketiga-tiga matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh Peserta dan YL Coach.

Setiap Ahli yang layak akan memenangi Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang untuk Empat individu ke Disneyland di California untuk Latihan Kepimpinan oleh Disney Institute serta Lawatan ke Ladang Mona dan Pusat Pengagihan Young Living. Hadiah ini merangkumi tiket penerbangan ekonomi pergi balik untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak* dari negara asal ke Los Angeles dan Salt Lake City, penginapan untuk 6 malam, 1 hari Latihan Penginapan Disney untuk Ahli yang layak**, 2 hari Pas Disney untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak*, Lawatan ke Ladang Mona dan Pusat Pengagihan Spanish Fork serta pengangkutan darat.

Terma dan Syarat

Pemulangan Dan Penukaran Produk

Mana-mana pemulangan atau penukaran produk boleh mengakibatkan jumlah yang terlibat ditarik, manakala pangkat berbayar dan kelayakan akan turut terjejas. Penukaran produk boleh menjejaskan jumlah bagi pembelian pendasar bergantung kepada bagaimana penukaran tersebut menjejaskan PV atau OGV.

Syarat Hadiah Umum

Young Living tidak bertanggungjawab dan pemenang Hadiah tidak akan menerima perbezaan, jika ada, di antara nilai sebenar sesuatu Hadiah semasa waktu pemberian dan ARV yang dinyatakan dalam Peraturan Rasmi ini atau mana-mana surat-menyurat atau bahan yang berkaitan dengan Promosi. Pemenang Hadiah adalah bertanggungjawab bagi semua cukai persekutuan, negeri dan tempatan (termasuk cukai pendapatan dan penangguhan), jika ada, serta apa-apa kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan Hadiah yang tidak dikhususkan di sini sebagai disediakan, tanpa menghiraukan sama ada Hadiah itu digunakan seluruhnya atau sebahagiannya. Young Living tidak sama sekali akan bertanggungjawab untuk memberi Hadiah lebih daripada yang dinyatakan di sini. Jika berlaku kejadian di mana tidak terdapat cukup Peserta yang layak untuk memenangi semua Hadiah, Young Living berhak untuk memberi jumlah Hadiah mengikut jumlah Peserta yang layak. Apa-apa Hadiah yang tidak diberikan selepas Tempoh Kelayakan akan kekal tidak diberikan. Sekatan/syarat Hadiah yang dinyatakan di sini tidak semuanya inklusif. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar atau ditebus dengan tunai, kecuali atas budi bicara Young Living di mana Young Living berhak menggantikan sesuatu Hadiah (atau sebahagian daripadanya) dengan sesuatu Hadiah yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi. Hadiah-hadiah diberikan "SEADANYA" dan TANPA APA-APA JENIS WARANTI, menyatakan atau menandakan, termasuk, tanpa pengehadan, apa-apa waranti yang menandakan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan yang tertentu.

Semua perbelanjaan yang tidak dinyatakan di sini yang menjadi sebahagian daripada sesuatu Hadiah merupakan tanggungjawab penuh pemenang Hadiah. Sesuatu Hadiah akan ditarik sekiranya: 1) pemenang tidak dapat mengembara pada tarikh yang dikhususkan untuk Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang Young Living Leadership Academy (Kelas 2019) atau 2) pemenang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang diperlukan sebelum tarikh pengembaraan yang telah dijadualkan. Setiap pemenang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan apa-apa insurans perjalanan (dan semua jenis insurans yang lain) yang mereka ingin dapatkan atas perbelanjaan mereka sendiri dan di sini mengakui bahawa Young Living tidak pernah dan tidak akan mendapatkan atau menyediakan insurans perjalanan atau apa-apa jenis insurans yang lain. Pemenang Hadiah adalah terikat pada terma dan syarat bagi semua penerbangan dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang lain yang digunakan berkaitan dengan Hadiah. Young Living tidak bertanggungjawab jika tiket, dll. hilang, dicuri atau tersalah letak oleh pemenang Hadiah dan tidak akan diganti atau ditempah semula jika pengangkutan tersebut tidak dinaiki atas apa-apa sebab pun. Tarikh dan lokasi yang tepat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan di atas budi bicara penuh Young Living.

Tiket penerbangan tidak boleh dipulangkan/ditukarkan dan tidak sah untuk dinaikkan gred dan/atau perbatuan pengguna penerbangan kerap. Pemenang Hadiah tidak akan menerima wang tunai atau apa-apa bentuk pampasan jika kos perjalanan yang sebenar adalah lebih rendah daripada ARV yang tertulis dalam Peraturan Rasmi ini.

Young Living tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pembatalan, penangguhan, lencongan atau penggantian, atau apa-apa tindakan atau kesilapan oleh pengendali penerbangan atau syarikat pengangkutan yang lain atau mana-mana individu yang menyediakan perkhidmatan dan penginapan yang diperlukan. Tiada pemulangan semula atau pampasan akan dilakukan sekiranya berlaku pembatalan atau penangguhan mana-mana penerbangan kecuali di atas budi biacara penuh Young Living.

Semasa Tempoh kelayakan, peserta mungkin akan diaudit dari masa ke masa untuk memantau pematuhan dengan Dasar dan Tatacara Young Living yang berkenaan dengan budi bicara Peserta (“Dasar dan Tatacara Young Living”), lebih-lebih lagi, tapi tidak terhad kepada, seksyen yang berkaitan dengan pengiklanan dan promosi. Apa-apa pelanggaran terhadap Dasar dan Tatacara Young Living akan membatalkan peserta daripada keseluruhan Promosi.


Pemberitahuan/Penerimaan Hadiah

Peserta akan diberikan capaian ke atas penghuraian terperinci tentang pencapaian mereka melalui YL Coach. Audit akan dilakukan ke atas Peserta yang layak bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan dan kedudukan ahli. Young Living mungkin mengambil masa sehingga dua minggu untuk melaksana dan mengaudit bagi menentusahkan kelayakan dan mengumumkan ahli yang layak. Pemenang Hadiah akan dipilih selepas tamatnya Tempoh Kelayakan, pada atau sebelum 22 April 2019. Satu senarai pemenang Hadiah akan boleh didapati di Virtual Office (YoungLiving.org) sebaik sahaja pemenang telah dipilih dan ditentusahkan selepas tamatnya Tempoh Kelayakan.

Pada atau hampir 24 April 2019, Rabu, satu e-mel akan dihantar kepada Peserta yang layak untuk menerima Hadiah. E-mel penerimaan akan dihantar ke alamat e-mel yang difailkan oleh Peserta. Pemenang Hadiah hendaklah menerima atau menolak hadiah tersebut sebelum 3 Mei 2019, Isnin. Kegagalan untuk memaklum balas terhadap e-mel penerimaan dalam tempoh masa yang diberikan akan dianggap sebagai satu penolakan terhadap pengembaraan tersebut. Penolakan ini tidak boleh berpatah balik, dan, begitu juga, penerimaan suatu Hadiah adalah muktamad. Jika Peserta menolak pengembaraan ini, mereka tidak akan lagi layak ke atas mana-mana Hadiah lain.

Hadiah

Persiapan perjalanan akan diaturkan untuk pemenang Hadiah melalui ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living. Jika pemenang Hadiah membeli tiket penerbangan mereka sendiri, tanpa kelulusan daripada ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living terlebih dahulu, mereka tidak akan layak untuk mendapat pembayaran ganti.

Pemenang Hadiah yang telah menerima kelulusan daripada Young Living dan/atau ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living untuk membuat tempajan mereka sendiri hendaklah menyerahkan borang Pembayaran Ganti Kredit Perjalanan yang lengkap berserta dengan bukti pembelian (dengan jelas menyatakan nama penumpang, butiran penerbangan, nama semua tetamu yang menginap dalam bilik hotel, nombor bilik, dsb.) di antara 20 Julai hingga 20 Ogos 2019 ke pejabat Young Living Malaysia. Kredit perjalanan adalah terpakai untuk tambang penerbangan penumpang pada tarikh di antara 11 hingga 21 Julai 2019 sahaja, melainkan telah mendapat kelulusan daripada Young Living terlebih dahulu. Semua pembayaran ganti hendaklah disokong oleh resit rasmiyang dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan. Makan, insurans dan perbelanjaan peribadi tidak boleh ditebus. Kredit Perjalanan tidak boleh dipindah milik. Peserta yang menang adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan borang Pembayaran Ganti Kredit Perjalanan ke Young Living Malaysia (events.my@youngliving.com) selepas menyertai pengembaraan tersebut dan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan di atas. Penyerahan lewat tidak akan diterima.

Semua persiapan perjalanan mestilah dimuktamadkan dan ditempah sekurang-kurangnya enam minggu sebelum bermulanya pengembaraan tersebut. Kegagalan Peserta untuk memaklum balas terhadap e-mel dan panggilan telefon dari ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living dalam tempoh 24 jam boleh mengakibatkan penarikan tambang penerbangan yang menjadi sebahagian daripada Hadiah tersebut. Semua persiapan penerbangan yang berkaitan dengan Hadiah, adalah muktamad setelah dikeluarkan, dan Peserta yang menang adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa dan semua bayaran yang berkaitan dengan pertukaran perjalanan dalam apa cara pun. Kos perjalanan yang dikenakan di antara rumah Peserta yang menang dan lapangan terbang adalah di bawah tanggungan Peserta. Bayaran bagasi dan perbelanjaan yang lain adalah menjadi tanggungjawab Peserta yang menang sepenuhnya.

Semua perbelanjaan peribadi yang dikenakan di Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang Young Living Leadership Academy Kelas 2019 adalah di bawah tanggungjawab Peserta yang menang. Peserta yang menang akan dikehendaki untuk menyediakan kad kredit atau kad debit peribadi mereka untuk menampung perbelanjaan sampingan mereka sendiri. Perbelanjaan sampingan tidak termasuk dalam Hadiah bagi Program tersebut.


Pembatalan Dan Pemulangan; Force Majeure

Pemenang-pemenang Hadiah yang membatalkan kehadiran mereka ke Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang Young Living Leadership Academy Kelas 2019 tidak akan menerima pembayaran semula nilai bagi Hadiah-hadiah mereka. Peserta yang membatalkan kehadiran mereka mungkin akan dikehendaki oleh Young Living, atas budi bicara penuhnya, untuk membayar ganti Young Living bagi apa-apa kos yang berkaitan dengan pembatalan perjalanan mereka. Young Living tidak akan memberi pampasan, dalam bentuk tunai atau yang serupa dengannya, kepada ahli yang layak tetapi tidak dapat menyertai pengembaraan itu selepas menerima tawaran pengembaraan tersebut. Insurans perjalanan tidak termasuk dalam Hadiah tetapi Peserta yang menang amat disarankan untuk membelinya atas perbelanjaan mereka sendiri. Young Living tidak akan bertanggungjawab jika pembatalan majlis berlaku akibat mana-mana yang berikut: cuaca ekstrem, bencana alam, mogok, piket, boikot, kebakaran, banjir, kemalangan, peperangan (sama ada diisytihar atau tidak), revolusi, rusuhan, pemberontakan, kuasa Tuhan, kuasa kerajaan (termasuk, tanpa pengehadan, mana-mana agensi atau jabatan Amerika Syarikat), kuasa musuh awam, kekurangan atau pencatuan gasolin atau bahan api atau produk penting yang lain, ketidakupayaan untuk mendapatkan bahan atau tenaga buruh, atau sebab-sebab lain yang di luar kawalan Young Living. Dalam keadaan sebegini, Young Living mungkin akan memberi hadiah wang tunai yang mempunyai nilai yang sama atas budi bicaranya.

Lesen

Dengan menerima Hadiah, pemenang telah masing-masing memberi izin untuk menggunakan nama, alamat (bandar dan negeri/daerah tempat tinggal), suara, dan kenyataan mereka yang berkaitan dengan Program Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang dan Young Living, dan gambar atau apa-apa yang seumpamanya, tanpa pampasan, pemberitahuan atau keizinan selanjutnya dalam mana-mana publisiti atau pengiklanan yang dijalankan oleh Young Living atau mana-mana entiti berkaitan dalam apa-apa media tanpa had kawasan atau masa, kecuali yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Pembatasan Liabiliti

Young Living dan gabungan, anak syarikat, syarikat induk, agendi pengiklanan dan promosi, pencetak dan juri yang terlibat dalam promosi ini tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan maklumat yang mungkin digunakan dalam promosi, untuk apa-apa kesilapan teknikal atau manusia yang mungkin berlaku semasa memproses pendaftaran, termasuk data yang dimasukkan oleh Peserta, apa-apa kesilapan penyertaan seperti kegagalan teknikal yang berkaitan dengan komputer, telefon, kabel dan gangguan hubungan jaringan atau pelayan; kegagalan teknikal yang berkaitan, atau kegagalan lain yang berkaitan dengan perkakas, perisian atau virus; atau pendaftaran yang tidak lengkap, lambat atau tersalah arah. Apa-apa kompromi untuk pengendalian yang adil dan sewajarnya bagi promosi yang berkaitan dengan virus komputer atau jenis kerosakan teknikal yang sama yang mungkin memberi kesan kepada keadilan, keselamatan dan pentadbiran yang sewajarnya bagi Promosi tersebut boleh mengakibatkan pembatalan, pembetulan atau perubahan pada promosi atau sebahagian daripadanya atas budi biaca Young Living. Young Living berhak, atas budi bicaranya, untuk menjadikan pendaftaran Peserta tidak sah, di mana Young Living percaya Peserta tersebut telah cuba untuk mengusik atau merosakkan pentadbiran, keselamatan, keadilan atau pengendalian yang sewajarnya pada promosi tersebut atau Peserta yang tidak mempunyai semangat kesukanan atau yang mempunyai niat untuk mengugut atau mengganggu individu lain.

Dengan menyertai Program ini, Peserta telah mengetepikan semua hak untuk menuntut kerosakan punitif, sampingan dan penting, bayaran guaman, atau apa-apa kerosakan selain daripada kos atau kerugian yang dikeluarkan dari poket sendiri yang mungkin akan terjadi semasa penyertaan dalam promosi atau penerimaan, pemilikan dan penggunaan mana-mana hadiah.

Semua yang berlaku akibat tindakan yang diambil disebabkan atau yang berkaitan dengan Program ini atau apa-apa Hadiah yang diberikan hendaklah diselesaikan secara individu, tanpa mengambil jalan keluar melalui apa-apa jenis tindakan perwakilan. Sesetengah budi bicara mungkin tidak membenarkan pengehadan tertentu ke atas kerosakan atau keupayaan untuk mengakibatkan kerosakan melalui tindakan perwakilan, oleh itu beberapa sekatan ini tidak terpakai terhadap anda.

Peraturan Dan Undang-Undang Lain

Jika segala aspek perubahan bagi Hadiah tersebut di luar kawalan Young Living, Young Living, mahupun mana-mana rakan promosi lain yang menyediakan Hadiah, tidak akan dipertanggungjawab atau bertanggungjawab bagi apa-apa perubahan yang seumpamanya, dan Young Living berhak untuk menggantikan suatu hadiah kepada hadiah yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi, atas budi bicara Young Living sepenuhnya, jika, atas apa-apa sebab, semua atau sebahagian daripada suatu hadiah, seperti yang dihuraikan di sini, tidak atau menjadi tidak boleh didapati. Pemindahan suatu hadiah kepada pihak ketiga tidak dibenarkan. Dengan menerima suatu Hadiah, pemenang Hadiah bersetuju bahawa Young Living tidak seharusnya dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kecederaan, kerosakan, atau kerugian dalam apa-apa bentuk yang diakibatkan oleh atau berkaitan dengan pemberian, penerimaan atau kegunaan Hadiah tersebut atau mana-mana aspek atau sebahagian daripadanya.

Dengan menyertai Program ini, anda (i) sedia maklum kepatuhan pada Terma dan Syarat ini, termasuk semua syarat kelayakan, (ii) menjamin bahawa apa-apa maklumat yang anda berikan yang berkaitan dengan Program ini adalah benar dan tepat, dan (iii) bersetuju untuk tertakluk pada keputusan yang dibuat oleh Young Living, yang merupakan muktamad dan terikat dalam semua hal yang berkaitan dengan Program ini. Peserta yang tidak mematuhi Peraturan Rasmi ini boleh disingkirkan.

Program ini tertakluk kepada semua undang-undang persekutuan, negara, daerah dan perbandaran yang berkenaan.
* Kanak-kanak di sini ditafsirkan sebagai kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 10 tahun pada tarikh pertama pengembaraan. Peserta boleh memilih untuk membayar kos tambahan bagi menukar tetamu kanak-kanak di bawah 10 tahun ke kanak-kanak berumur lebih daripada 10 tahun atau seorang peneman dewasa.

** Peneman dewasa (berumur 18+) boleh menyertai Latihan Kepimpinan Disney eksklusif dengan kos tambahan.