YL Leadership Academy (Kelas 2019)

Soalan Lazim (FAQ)

Tentang Program

1. APAKAH OBJEKTIF PROGRAM TERSEBUT?
Objektif program tersebut ialah untuk menyokong mereka yang membina perniagaan YL yang sudah bersedia untuk ke tahap yang seterusnya dalam membangunkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan bagi mendorong perkembangan perniagaan ke arah pangkat yang seterusnya.
2. APAKAH HASIL PEMBELAJARANNYA?
Peserta akan dapat membina kemahiran insani dalam kepemimpinan serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang berkesan bagi menjana perkembangan perniagaan. Peserta akan memahami struktur organisasi mereka dan cara untuk mendorong organisasi ke arah pangkat yang seterusnya. Peserta akan melakukan pelbagai aktiviti strategic dan konsisten untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan terlebih dahulu. Peserta juga akan memahami cara untuk menetapkan matlamat dan memeriksa kemajuan dengan pasukan mereka sendiri.
3. APA YANG TERKANDUNG DALAM PROGRAM TERSEBUT?
Program 6 bulan ini membenarkan mereka yang membina perniagaan untuk melibatkan diri dalam perniagaan Young Living, mendorong ke arah matlamat peribadi dan membangunkan kemahiran kepimpinan di bawah bimbingan dan sokong Pasukan Jualan Young Living tempatan. Peserta akan diberikan akses untuk perundingan empat mata, susulan melalui panggilan telefon/e-mel, sesi memeriksa kemajuan serta latihan eksklusif dalam talian dan secara perseorangan dan ke acara VIP.
4. SIAPA YANG BOLEH MENYERTAINYA?
Program ini direka untuk mereka yang membina perniagaan YL yang berbayar sebagai Silver dan pangkat yang lebih tinggi dan mempunyai kedudukan yang baik dengan Young Living dalam mana-mana bulan di antara Mac hingga Ogos 2018. Pasaran yang terlibat termasuklah Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan.
5. ADAKAH TERDAPAT APA-APA PRASYARAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT?
Tiada prasyarat diperlukan. Kami merekrut mereka yang membina perniagaan YL dalam pasaran yang terlibat yang berbayar sebagai Silver dan pangkat yang lebih tinggi sekurang-kurangnya sekali di antara bulan Januari hingga Ogos 2018. Peserta hendaklah bersedia untuk membina satu rangka kerja bagi pembangunan perniagaan dan komited terhadap menetapkan matlamat dan pelan tindakan.
6. BERAPA LAMA PROGRAM INI AKAN DIJALANKAN?
Program ini akan berjalan selama 6 bulan, dari 1 Oktober 2018 – 31 Mac 2019.
7. APA YANG AKAN SAYA PEROLEH SELEPAS MELENGKAPKAN PROGRAM TERSEBUT?
Peserta akan dapat membina kemahiran insani dalam kepemimpinan serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang berkesan bagi menjana perkembangan perniagaan. Peserta yang berjaya melengkapkan program tersebut dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu (dalam penglibatan, produktiviti peribadi dan pengurusan pasukan) semasa tempoh kelayakan akan dianugerahkan perbelanjaan ke Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang (untuk 4 individu) yang ditanggung spenuhnya. Pengembaraan ini termasuk lawatan ke Disneyland di California, Latihan Kepimpinan eksklusif oleh Disney Institute serta lawatan ke ladang Mona dan Pusat Pengagihan Spanish Fork Young Living. Sila rujuk ke FAQ atau Syarat dan Terma bagi butiran lanjut tentang Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang.
8. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEPANJANG PROGRAM 6 BULAN TERSEBUT?
Anda akan menghadiri sesi empat mata dalam menetapkan matlamat dengan YL Coach kami di permulaan program tersebut. Semasa sesi tersebut, YL Coach akan membantu anda menetapkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek anda, termasuk 3 matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu dalam penglibatan, produktiviti peribadi dan pengurusan pasukan. Anda dikehendaki untuk mencapai 3 matlamat ini bagi melayakkan diri untuk memenangi Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang. YL Coach kami akan menetapkan peristiwa-peristiwa penting dengan anda sepanjang program serta membuat susulan dengan anda melalui panggilan telefon atau e-mel sebelum janji temu untuk memeriksa kemajuan anda seterusnya di mana anda akan berbincang tentang hal-hal tindakan atau mengatur peristiwa-peristiwa penting sewajarnya. Anda juga akan menghadiri latihan berjadual dalam talian atau seminar Mastermind tentang pelbagai topik termasuk pembangunan kepimpinan dan pengurusan pasukan.
9. SIAPA YL COACH?
YL Coach ialah kakitangan YL daripada Pasukan Jualan kami di pasaran tempatan anda yang akan berkerjasama dengan anda sepanjang 6 bulan akan datang dalam setiap langkah bagi memenuhi keperluan anda dan memastikan anda sentiasa fokus serta meningkatkan keyakinan dan motivasi kendiri anda ketika anda menuju ke arah matlamat dan kemajuan perniagaan anda.
10. ADAKAH SAYA PERLU MENGHADIRI KELAS DI YL LEADERSHIP ACADEMY?
Tiada kelas berjadual yang akan dijalankan di sebuah lokasi fizikal. Latihan dalam talian dan seminar tentang pembangunan peribadi dan pengurusan kepimpinan akan diadakan untuk peserta, selain daripada sesi empat mata.
11. BOLEHKAH SAYA MENYERTAI DAN MENINGGALKAN PROGRAM PADA BILA-BILA MASA?
“Kelas 2019” merupakan kemasukan pertama. Program tersebut bermula pada 1 Oktober dan membenarkan anda untuk bekerjasama dengan YL Coach untuk 6 bulan seterusnya. Anda digalakkan untuk bekerja dengan YL Coach kami secara berterusan bagi mencapai hasil yang memberangsangkan. Anda boleh meninggalkan program pada bila-bila masa tanpa dikenakan penalti. Kami belum menentukan tarikh bagi kemasukan yang seterusnya.
12. JIKA SAYA TIDAK DAPAT MENYERTAI KEMASUKAN OKTOBER INI, BILAKAH KEMASUKAN YANG SETERUSNYA?
“Kelas 2019” merupakan kemasukan yang pertama. Program yang akan bermula 1 Oktober ini merupakan program pertama yang kami tawarkan. Kami akan menilai keputusannya dan menentukan tarikh bagi kemasukan seterusnya.

Tentang Pendaftaran

13. BAGAIMANA BOLEH SAYA MENDAFTAR?
Daftar di sini pada atau sebelum 17 September 2018. Penyertaan adalah terhad.
14. APA YANG PERLU SAYA JANGKAKAN SELEPAS MENDAFTAR?
Seorang daripada YL Coach kami akan menghubungi anda melalui panggilan telefon/e-mel untuk menetapkan satu janji temu bagi sesi empat mata yang pertama. Sila luangkan untuk mengadakan mesyuarat selama satu jam pada hujung bulan September dan awal bulan Oktober.
15. BAGAIMANA BOLEH SAYA DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT?
Sila hubungi Member Services Young Living Malaysia di talian 1800 189 889 untuk maklumat lebih lanjut tentang program YL Leadership Academy dan Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang.

Tentang Tempoh Kelayakan

16. SIAPA YANG AKAN LAYAK UNTUK MEMENANGI PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG (“HADIAH”)?
Peserta Program YL Leadership Academy yang dapat melengkapkan program dan mencapai matlamat yang telah ditentukan terlebih dahulu (dalam penglibatan, produktiviti peribadi dan pengurusan pasukan) semasa tempoh kelayakan akan dianugerahkan perbelanjaan ke Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang (untuk 4 individu) yang ditanggung spenuhnya. Pengembaraan ini termasuk lawatan ke Disneyland di California, Latihan Kepimpinan eksklusif oleh Disney Institute serta lawatan ke ladang Mona dan Pusat Pengagihan Spanish Fork Young Living. Sila rujuk ke Syarat dan
17. BILAKAH TEMPOH KELAYAKAN TERSEBUT?
Tempoh kelayakan ialah dari 1 Oktober 2018 hingga 31 Mac 2019.
18. APA ITU OGV BASELINE?
OGV Baseline ialah jumlah OGV dari 1 Mac 2018 hingga 31 Ogos 2018, kecuali OGV luar pasaran dan mana-mana jumlah kaki OGV dalam organisasi. Ia digunakan untuk mengukur Perkembangan OGV semasa tempoh kelayakan. YL Coach kami dengan berbesar hati akan menyediakan data untuk sesi empat mata kepada anda.
19. ADAKAH SAYA PERLU NAIK PANGKAT BAGI MELAYAKKAN DIRI UNTUK MEMENANGI PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG (“HADIAH’)?
Kenaikan pangkat bukanlah syarat untuk memenangi Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang tersebut. Namun, peserta dikehendaki untuk mengekal atau memajukan diri daripada pangkat berbayar mereka pada 31 Ogos 2018 (=pangkat Baseline).
20. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGIKUTI TAHAP KEMAJUAN SAYA?
YL Coach kami akan bertemu anda secara bulanan untuk meninjau kemajuan dan peristiwa-peristiwa penting anda. Perubahan mungkin akan dilakukan semasa program dijalankan bagi membantu anda mencapai matlamat anda.

Tentang Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang

21. BILA PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG AKAN DIADAKAN?
Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang dijangka akan diadakan dari 11-17 Julai 2019. Anda akan meninggalkan negara asal anda pada 11 Julai, menghadiri Latihan Kepimpinan mandatori oleh Disney Institute pada 12 Julai (TBC), melawat Ladang Mona dan Pusat Pengagihan YL pada 16 Julai. Anda boleh pilih untuk menghadiri Konvensyen Antarabangsa (17-20 Julai) atas perbelanjaan anda sendiri atau pulang ke rumah pada 17 Julai 2019. Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
22. APA YANG TERKANDUNG DALAM PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG (“HADIAH”) JIKA SAYA MEMENANGINYA?
Setiap Ahli yang layak akan memenangi Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang ke Disneyland di California untuk Latihan Kepimpinan oleh Disney Institute serta Lawatan ke Ladang Mona dan Pusat Pengagihan Young Living. Hadiah ini merangkumi tiket penerbangan ekonomi pergi balik untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dari negara asal ke Los Angeles dan Salt Lake City, penginapan untuk 6 malam, 1 hari Latihan Penginapan Disney untuk Ahli yang layak, 2 hari Pas Disney untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, Lawatan ke Ladang Mona dan Pusat Pengagihan Spanish Fork serta pengangkutan darat.

Kanak-kanak ditafsirkan sebagai kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 10 tahun pada tarikh pertama pengembaraan. Anda boleh memilih untuk membayar perbezaan harga bagi menukar tetamu kanak-kanak di bawah 10 tahun ke kanak-kanak berumur lebih daripada 10 tahun atau seorang peneman dewasa. Peneman dewasa (berumur 18+) boleh menyertai Latihan Kepimpinan Disney eksklusif dengan kos tambahan. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan ke Latihan Kepimpinan (butiran tentang Kem Kanak-Kanak akan disediakan kemudian).
23. ADAKAH SAYA PERLU MENGATUR PENERBANGAN DAN PENGINAPAN SAYA?
Persiapan perjalanan bagi ahli yang layak akan diaturkan melalui ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living. Jika ahli yang layak ingin mengatur sendiri penerbangan mereka dan mendapatkan pembayaran ganti, mereka hendaklah menghantar e-mel terlebih dahulu ke events.my@youngliving.com untuk mendapatkan sebut harga pembayaran ganti dan kelulusan. Jika peserta membeli tiket penerbangan mereka sendiri tanpa kelulusan dari Young Living terlebih dahulu, mereka tidak akan layak untuk mendapatkan pembayaran ganti. Kegagalan Peserta untuk memaklum balas terhadap e-mel dan panggilan telefon dari Young Living atau ejen pelancongan kami dalam tempoh 24 jam boleh mengakibatkan penarikan tambang penerbangan atau bahagian tambahan daripada Hadiah tersebut. Semua persiapan penerbangan yang berkaitan dengan hadiah, adalah muktamad setelah dikeluarkan; dan Peserta yang menang adalah bertanggungjawab terhadap semua bayaran yang berkaitan dengan pertukaran perjalanan dalam apa cara pun. Tiket penerbangan tidak boleh dipulangkan dan ditukarkan serta tidak sah untuk dinaikkan gred dan/atau perbatuan pengguna penerbangan kerap. Wang tunai atau apa-apa bentuk pampasan tidak akan diberikan sekiranya berlaku pembatalan atau penangguhan mana-mana penerbangan kecuali di atas budi bicara Young Living sepenuhnya.
24. BOLEHKAH SAYA TIBA AWAL ATAU MELANJUTKAN PENGEMBARAAN SAYA?
Jika ahli yang layak dan/atau tetamu mereka memilih untuk melanjutkan pengembaraan mereka luar daripada tarikh acara tersebut, mereka boleh melakukannya di atas perbelanjaan mereka sendiri. Young Living tidak akan menanggung perbelanjaan tambahan bagi ketibaan awal atau perlepasan lewat yang tidak diluluskan melalui pasukan Acara Young Living.
25. ADAKAH YOUNG LIVING AKAN MEMBAYAR PENGANGKUTAN PERGI BALIK KE LAPANGAN TERBANG?
Kos perjalanan yang dikenakan di antara rumah ahli yang layak dan lapangan terbang adalah di bawah tanggungan ahli yang layak itu sendiri.
26. ADAKAH YOUNG LIVING AKAN MEMBAYAR FI BAGASI SAYA?
Bayaran bagasi dan perbelanjaan yang lain adalah menjadi tanggungjawab ahli yang layak sepenuhnya.
27. BILA PEMENANG YANG LAYAK AKAN DIBERITAHU BAHAWA MEREKA LAYAK UNTUK MEMENANGI PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG (“HADIAH”)?
Keputusan akan diumumkan sekitar 20 April 2019. Pendaftaran hadiah akan dibuka sekitar 22-26 April. Ahli yang layak yang gagal untuk mendaftar atau menuntut hadiah semasa tempoh pendaftaran hadiah akan dianggap tidak layak untuk menerima hadiah. Jika ahli yang layak menolak pengembaraan tersebut, mereka tidak lagi layak untuk menerima apa-apa Hadiah dan Young Living berhak menentukan bagaimana Hadiah itu akan digunakan.
28. BOLEHKAH AHLI YANG LAYAK MEMINDAH MILIK PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG INI KEPADA INDIVIDU LAIN?
Ahli yang layak tidak boleh memindah milik Pengembaraan Insentif bagi Peserta Akademi Paling Cemerlang yang dimenangi kepada individu lain. Ahli yang layak hendaklah mengembara bersama peneman mereka. Jika ahli yang layak tidak menerima atau menolak pengembaraan tersebut, mereka tidak lagi layak menerima apa-apa Hadiah dan Young Living berhak menentukan bagaimana Hadiah itu akan digunakan.
29. BAGAIMANA JIKA SAYA TELAHPUN MEMBELI SENDIRI TIKET PENERBANGAN UNTUK MENGHADIRI KONVENSYEN ANTARABANGSA DAN KEMUDIAN MEMENANGI PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG (“HADIAH”) PERCUMA KE AS?
Jika anda telahpun membeli tiket penerbangan, anda boleh bertanyakan pada Pasukan Acara dan/atau agensi pelancongan tempatan anda bagi mendapatkan alternatif yang terbaik bagi jadual perjalanan anda yang sedia ada. Ini mungkin atau tidak mungkin termasuk dalam pembayaran ganti sepenuhnya. Young Living tidak akan membayar bayaran penalti yang dikenakan disebabkan oleh pertukaran jadual atau destinasi penerbangan. Terima bayaran balik kabin tersebut dan tuntut kabin yang diberikan kepada anda melalui promosi tersebut. Jika anda memilih untuk menyimpan kedua-duanya, anda akan bertanggungjawab ke atas jumlah penuh kabin yang anda beli pada asalnya.
30. ADAKAH SAYA PERLU MEMOHON VISA AS?
Permohonan visa adalah di bawah tanggungjawab ahli yang layak sepenuhnya. Jika visa diperlukan, sila hubungi Pasukan Acara tempatan anda untuk mendapatkan surat jemputan. Young Living tidak bertanggungjawab ke atas pampasan jika visa ditolak. Anda boleh layari https://travel.state.gov/content/travel/en/us-visas/tourism-visit/visitor.html untuk mengetahui sekiranya anda memerlukan Visa AS atau tidak.
31. ADAKAH TERDAPAT CARA UNTUK SAYA MEMBAWA LEBIH RAMAI TETAMU KE PENGEMBARAAN INSENTIF BAGI PESERTA AKADEMI PALING CEMERLANG BERSAMA SAYA?
Hadiah tersebut merupakan pengembaraan untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (berumur 2-10). Jika ahli yang layak ingin membawa lebih ramai tetamu ke pengembaraan ini bersama mereka, mereka boleh melakukannya di atas kos mereka sendiri. Pemenang juga akan bertanggungjawab ke atas penerbangan, pengangkutan darat dan perbelanjaan lain bagi tetamu tambahan. Jika ahli yang layak ingin memaklumkan kamu tentang tetamu tambahan, mereka boleh lakukannya semasa pendaftaran sebaik senarai ahli yang layak diumumkan dan dihubungi. Bayaran tambahan termasuk tetapi tidak terhad pada pengangkutan darat, tiket ke taman tema, makanan dan aktiviti yang lain.