Penuaian Musim Sejuk 2014

Soalan Lazim

Apakah itu Penuaian Musim Sejuk?

Penuaian Musim Sejuk ialah acara tahunan yang mana pengedar berkumpul untuk menuai balsam fir, spruce biru, dan pokok kaya minyak pati lain di ladang pokok Highland Flats Young Living di Idaho. Hadirin bekerja bersama sambil mempelajari tentang proses Seed to Seal® Young Living sendiri.

Di manakah saya boleh mendaftar untuk acara?

Sila lawati YoungLiving.com/WinterHarvest, di mana anda boleh mendaftar untuk Penuaian Musim Sejuk, serta membaca lebih lanjut tentang acara.

Di manakah penuaian akan diadakan?

Penuaian dijalankan selama tempoh enam hari sebanyak lapan kali. Hadirin boleh menghadiri mana-mana atau semua tempoh ini, jika mahu.

Minggu 1: 6 Januari – 11 Januari

Minggu 2: 13 Januari – 18 Januari

Minggu 3: 20 Januari – 25 Januari

Minggu 4: 27 Januari – 1 Februari

Minggu 5: 3 Februari – 8 Februari

Minggu 6: 10 Februari – 15 Februari

Minggu 7: 17 Februari – 22 Februari

Minggu 8: 24 Februari – 1 Mac

Berapakah kos untuk menghadiri?

Kos untuk menghadiri penuaian ialah $150 setiap orang seminggu di penginapan asrama kami atau $225 seminggu untuk bilik dua orang. Pendaftaran dibuka dari 11 November – 27 Disember.

Bagaimana jika saya memutuskan untuk membatalkan pendaftaran saya?

Sekiranya berlaku pembatalan, pendaftaran boleh dipindahkan kepada orang lain. Tetapi, disebabkan oleh keadaan acara ini dan perbelanjaan yang terlibat dalam perancangan untuk setiap hadirin, pembayaran balik tidak dibenarkan. Pendaftaran mesti dipindahkan sebelum 30 Disember 2013.

Siapakah yang boleh menghadiri acara?

Semua pengedar yang berusia 18 tahun atau ke atas boleh menghadiri acara ini. Peserta mestilah cergas secara fizikal dan boleh mengangkat 35 paun, tahan suhu melampau, dan terlibat dalam aktiviti fizikal yang lasak.

Di manakah saya akan tinggal semasa penuaian?

Hadirin boleh tinggal di unit asrama Young Living. Kompleks bangunan mempunyai kawasan perumahan umum dengan katil dua tingkat dan bilik peribadi dua orang. Kompleks juga mempunyai bekalan elektrik, air paip, bilik mandi, pancuran, mesin basuh dan pengering.

Jika anda merancang untuk memandu ke ladang atau tinggal di hotel semasa penuaian, sila e-mel mking@youngliving.com dengan butiran aturan perjalanan anda.

Adakah makanan akan disediakan?

Young Living akan menyediakan makanan tiga kali sehari. Buah-buahan, air, dan sedikit snek juga akan tersedia sepanjang hari. Snek persendirian boleh dibawa tetapi mesti disimpan oleh pemilik.

Apakah yang patut saya bawa ke penuaian semasa saya datang?

Selain daripada apa-apa item peribadi, sila bawa item cadangan berikut:

Pakaian (sila ambil perhatian bahawa lebih baik memakai pakaian berlapis)

Pakaian dan pakaian dalam untuk cuaca sejuk

Kot berkerja tebal

Sarung tangan kerja (dua pasang)

Jeans kerja

Kemeja kerja lengan panjang

But kerja dan stoking

Kemeja peluh

Pijama panas

Selipar

Selipar mandi

But

Stokin panas

Topi panas

Skarf leher

Peralatan

Beg tidur (dikadarkan untuk -10º F)

Bantal

Selimut tambahan

Bekas air

Lampu suluh dan bateri

Kamera dengan filem atau kad memori

Barangan penjagaan peribadi

Berus kuku

Tuala dan kain basuhan