Life of Abundance Draw

1 Ogos hingga 31 Oktober 2019
Rebutlah peluang untuk mengembara ke Kobe, Jepun (untuk 2 orang), menginap di pantai syurga El Nido, memiliki koleksi minyak pati premium Young Living dan banyak lagi dengan pembelian barangan Young Living dari 1 Ogos hingga 31 Oktober, 2019 melalui Cabutan Life of Abundance ini.

Bagi setiap pembelian 100 PV yang anda lakukan untuk setiap pesanan, anda akan layak memperoleh 1 token. Setiap token akan melayakkan anda untuk membuat 1 cabutan. Lebih banyak token yang anda kumpul, lebih banyaklah peluang untuk anda membuat cabutan. Anda boleh menggandakan jumlah token anda, iaitu 2 token bagi setiap 100 PV apabila anda membuat pembelian dengan Essential Rewards!

Terdapat 25 hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM120,000 untuk dimenangi. Kumpulkan token anda sekarang dan nikmatilah kehidupan penuh kemewahan!

TERMA & SYARAT
Kelayakan
1. “Cabutan Life of Abundance” (“Cabutan Abundance” or “Cabutan”) dianjurkan oleh Young Living Malaysia Sdn Bhd (“Penganjur”).
2. Cabutan Abundance ini hanya terbuka untuk ahli Young Living Malaysia sahaja ("Peserta Yang Layak"). Kakitangan dan keluarga terdekat Young Living Malaysia Sdn Bhd ("Penganjur"), syarikat-syarikat bersekutu, agensi pengiklanan dan kakitangan mereka tidak layak untuk menyertai atau menuntut hadiah.
3. Keperluan minimum untuk menyertai program ini ialah 100 PV. Setiap 100 PV bersamaan dengan 1 token dan ini melayakkan anda memperoleh 1 peluang cabutan. Semua token mestilah dalam gandaan 100 PV bagi setiap token. Contoh (rujuk Jadual A untuk maklumat tambahan):
- Pembelian 100 PV atau 120 PV atau 190 PV akan layak memperoleh 1 token sahaja
- Pembelian 200 PV atau 220 PV atau 250 PV akan layak memperoleh 2 token
4. Setiap 100 PV dengan Standard Order (SO) akan layak memperoleh 1 token. Token itu akan digandakan jika anda berada dalam program Essential Rewards (ER).
5. Token akan diagihkan berdasarkan pada nilai jumlah pesanan bagi setiap invois. Penambahan pada pesanan tidak dibenarkan. Token akan dikeluarkan melalui sistem berdasarkan nilai pesanan. Oleh itu, tiada token akan diberikan secara fizikal.
6. HADIAH
7. Pemenang Hadiah Utama akan menerima hadiah trip ke Kobe, Jepun yang ditanggung sepenuhnya. Trip ini merangkumi sepasang tiket penerbangan pergi-balik (termasuk surcaj dan cukai) dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Kobe, Jepun, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, serta penginapan hotel bilik kembar selama lima (5) malam di Kobe dari 26 hingga 31 Mac 2020. Penerbangan Kelas Ekonomi akan diuruskan oleh syarikat penerbangan yang dipilih oleh Penganjur sahaja dan tidak boleh dinaiktarafkan. Sila ambil perhatian bahawa permintaan istimewa untuk hidangan dalam penerbangan tidak akan dilayan. Tempoh kesahan tiket penerbangan adalah tertakluk kepada pengesahan berdasarkan tarikh pengeluaran. Tiada penggantian tiket akan dikeluarkan sekiranya berlaku pembatalan rancangan penerbangan pemenang atas apa sebab sekalipun. Tiada pampasan akan diberikan untuk pemindahan atau pembuangan secara tiba-tiba. Tarikh perjalanan atau ‘blackout’ tertentu mungkin terpakai.
8. Pemenang Baucar Percutian ke Resort El Nido, Filipina adalah tertakluk kepada Dasar Resort dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Filipina. Tarikh perjalanan atau ‘blackout’ tertentu mungkin terpakai. Insurans perjalanan, penerbangan dan pengangkutan darat, serta pemindahan tidak terangkum dalam baucar tersebut. Tiada penggantian tiket akan dikeluarkan sekiranya berlaku pembatalan rancangan penerbangan pemenang atas apa sebab sekalipun.
9. Nilai bagi setiap hadiah ialah berdasarkan kepada harga runcit yang disyorkan dan dibundarkan kepada nilai yang terdekat.
10. Young Living Malaysia berhak menggantikan apa-apa hadiah dengan hadiah yang mempunyai nilai yang sama atas budi bicara syarikat sepenuhnya.
Umum
11. Cabutan Abundance akan diadakan sempena sambutan ulang tahun Young Living Malaysia yang ke-5. Tarikh akhir bagi Cabutan ini akan ditentukan kemudian.
12. Pemenang akan dihubungi pada hari acara melalui panggilan telefon atau media sosial. Jika pemenang tidak dapat dihubungi, kami berhak untuk menarik balik hadiah daripada pemenang dan memilih pemenang pengganti.
13. Pemenang akan dikehendaki untuk menjawab soalan tambahan secara rawak untuk menuntut hadiah. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengemaskinikan nombor telefon/alamat e-mel dengan Member Services Young Living.
14. Hadiah tidak boleh ditukar ganti. Pemenang layak untuk memenangi lebih daripada satu (1) hadiah jika token mereka dicabut untuk hadiah yang seterusnya.
15. Sekiranya berlaku di mana pemenang tidak dapat menuntut hadiah di tempat acara, Young Living Malaysia akan memaklumkan kepada pemenang bila dan di mana hadiah itu boleh dituntut/dihantar.
16. Bagi pemulangan pesanan, token akan dibatalkan sewajarnya.
17. Young Living Malaysia berhak untuk membatalkan atau meminda Cabutan Abundance atau mekanisme Cabutan tersebut, termasuk terma dan syarat tanpa notis sekiranya berlaku malapetaka, peperangan, gangguan sivil atau militari, kuasa Tuhan atau apa-apa kemungkiran undang-undang atau peraturan terpakai yang benar atau dijangka berlaku, atau apa-apa perkara yang diluar kawalan Young Living Malaysia. Apa-apa perubahan pada Cabutan akan dimaklumkan kepada peserta secepat yang mungkin oleh Young Living Malaysia.
18. Keputusan Young Living Malaysia dalam semua perkara yang berkaitan dengan Cabutan Abundance adalah muktamad dan tiada surat-menyurat yang akan dilayan.
19. Pemenang atau peserta bersetuju untuk menggunakan nama dan imej mereka dalam apa-apa bahan publisiti. Apa-apa data peribadi berkaitan dengan pemenang atau peserta akan digunakan sepenuhnya mengikut peraturan perlindungan data Malaysia yang terkini dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan daripada pemenang atau peserta terlebih dahulu.
20. Dengan menyertai Cabutan Abundance, peserta telah mengesahkan persetujuan mereka untuk terikat dengan terma dan syarat ini.
21. Versi bahasa Inggeris bagi Terma & Syarat ini hendaklah diutamakan sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau tidak konsisten didapati pada terjemahan bahasa Cina dan bahasa Melayu.
Jadual A: Contoh pengiraan: