ELEVATION 2019

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-5 YOUNG LIVING MALAYSIA

Anda dijemput ke Sambutan Gemerlapan & Glam Ulang Tahun Ke-5 Young Living Malaysia!

Kami ingin meraikan ulang tahun Young Living Malaysia yang ke-5 bersama-sama ANDA dengan acara-acara yang disusun khas untuk membantu anda mempertingkatkan perniagaan anda.

Terdapat sesi perkongsian oleh beberapa jemputan khas dari luar dan dalam negara, pelbagai tawaran eksklusif dalam masa yang terhad dan Majlis Pengiktirafan bagi meraikan ahli yang berjaya naik pangkat dari bulan Januari ke September 2019, SERTA Majlis Makan Malam Gala sebagai penutup acara yang bergemerlapan dan glamor!

Kami pasti ramai yang telah mendapatkan tiket anda; dan kami tidak sabar untuk menemui anda semua pada 15 & 16 November!

PERKEMASKAN LANGKAH ANDA

Sama ada anda penggemar tegar minyak pati atau anda ingin membuat perubahan ketara terhadap individu di sekeliling anda dengan memperkenalkan kepada mereka dimensi kesejahteraan dan pemerkasaan, inilah acara yang akan mempertingkatkan kemahiran dan keyakinan anda.

PENCERAMAH ANTARABANGSA

Jen Jordan, Royal Crown Diamond dari A.S.

Pengalaman Jen dalam dunia minyak pati bermula sekitar tahun 2009 setelah kakaknya, April Pointer - yang juga merupakan Royal Crown Diamond - memperkenalkan beliau pada Young Living. Jen mula menggunakan minyak pati dua tahun kemudian, tetapi hanya sebagai 'pengguna senyap', walaupun minyak pati telah mengubah kehidupan beliau. Beliau dengan berat hati mengadakan kelas pertama beliau dan menganggap peserta yang hadir akan 'menghilangkan diri' selepas menyertainya. Sudah tentu ia tidak berlaku begitu. Malah, Jen mula melihat kehadiran ramai individu yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang minyak pati, lalu beliau berkomited untuk terus melakukan perkongsian. Beliau mencapai RCD buat pertama kali dalam bulan Mac, 2016. Dengan moto "Sayangi Tuhan; Sayangi Manusia", Jen telah membina perniagaan beliau dengan menggalakkan, memperkasa dan membangunkan individu lain. Beliau menganggap bahawa beliau hanya "meneruskan suatu budaya yang positif" dalam kehidupan para leader yang bekerjasama dengan beliau.

Korbut Wong, Royal Crown Diamond dari Hong Kong

Perjalanan Korbut bermula dalam tahun 2014 apabila beliau mula menggunakan sebotol campuran minyak pati R.C., lalu beliau mula berkongsi akan kebaikannya dengan rakan-rakan dan kenalan beliau. Korbut terus mencapai pangkat Diamond dalam tempoh 7 bulan dan ini merupakan satu rekod baharu dalam sejarah Young Living. Sejak itu, ia bukan sahaja mengubah seorang pekerja yang bekerja dari 9 pagi ke 5 petang kepada seorang pemilik perniagaan, malah ia juga merupakan satu perubahan menyeluruh bagi beliau dan keluarga beliau. Pada tahun 2018, Korbut telah mencapai satu lagi pencapaian apabila beliau mencapai pangkat Royal Crown Diamond. Beliau juga amat bersyukur kerana perniagaan ini telah membantu beliau menemui potensi dalam diri beliau dan mencari keseimbangan di antara kerja dan keluarga. Korbut tidak gemar mengungkit tentang kejayaan atau kegagalan masa lampau, malah beliau amat fokus dalam membina masa depan yang lebih cerah dengan menerima semua cabaran dan memberi kemesraan dan kegembiraan tanpa meminta apa-apa sebagai balasan.

BARISAN PANEL

NORHIDAWATI ABDUL AZIZ, CROWN DIAMOND
Norhidawati, atau lebih dikenali sebagai Teacher Watie, merupakan warga Malaysia yang pertama yang mencapai pangkat Crown Diamond, iaitu satu pencapaian yang menakjubkan yang beliau peroleh dalam tahun 2018 selepas hanya memulakan perniagaan beliau dalam tahun 2014. Watie, yang sentiasa menitikberatkan pasukan beliau dahulu, percaya dalam Pembelajaran dan Pemerkasaan, serta Mengulangi kedua-dua langkah tersebut dengan tekun bagi menggarap ilmu-ilmu penting dan kualiti kepimpinan dengan berkesan.
DEWI NUR DINA J HAMSAH, PLATINUM LEADER
Dewi mendaftar sebagai ahli Young Living pada tahun 2015 dan sejak itu, beliau memegang teguh dengan pemerkasaan ukhuwah dan kerja berpasukan dalam membimbing pasukan beliau. Ini merupakan kualiti tambahan dalam beliau mendokong integriti ketika mengendalikan perniagaan beliau, malah keprihatinan terhadap pasukan beliau merupakan antara faktor-faktor penting yang menyumbang ke arah kejayaan beliau dalam membangunkan sebuah pasukan yang mantap di Kota Kinabalu, serta mencapai pangkat Platinum dalam tahun 2017.
SARINI BUJANG, PLATINUM LEADER
Sarini menjadi ahli Young Living dalam tahun 2014 dan melayakkan diri menjadi Platinum dalam tahun 2018. Pengalaman Sarini dalam kehidupan telah menjadikan beliau seorang pemimpin yang disegani dalam membimbing dan membantu pasukan beliau menuju kejayaan, malah beliau dapat mengharungi segala cabaran dengan tabah. Dengan kepercayaan dan cita-cita beliau yang utuh, Sarini yakin bahawa beliau dapat membawa keterujaan Young Living dan kebebasan dalam kesejahteraan secara menyeluruh kepada lebih ramai individu.
ANGEL CHONG, GOLD LEADER
Angel telah membuka pusat perniagaan beliau sendiri di Pulau Pinang dengan tujuan untuk mencipta satu titik pertemuan bagi pasukan beliau berjumpa, menukar-nukar idea dan bekerjasama dalam memperkembangkan perniagaan mereka, serta menggegarkan utara tanah air. Walaupun pencapaian beliau sebagai Gold Leader merupakan satu pencapaian yang menakjubkan, Angel sudah mula berpandangan jauh dan memetakan perjalanan beliau dalam mencapai kejayaan yang lebih besar.

ILMU UNTUK MENCAPAI 'LEVEL UP'

Kami ingin anda bergembira semasa di ELEVATION, kami ingin meraikan kejayaan anda dan yang paling penting ialah kami ingin memberikan anda alat dan kemahiran yang akan 'mengangkat' perniagaan anda serta nilai-nilai kepimpinan anda, secara literal. Para penceramah kami, serta topik yang mereka akan utarakan, telah disusun khas untuk anda bagi mencapai matlamat tersebut.
essential mindset oleh jen jordan
Keanggunan Essential Rewards tidak selalunya diterjemahkan dengan cara yang sepatutnya. Para leader yang berpengalaman pasti akan terus merebut peluang tersebut, namun mereka sukar untuk menarik minat individu lain untuk menyertai mereka. Dalam topik ini, kita akan mempelajari semula tentang asas perniagaan dan berbicara tentang pemikiran dalam memperkenalkan Premium Starter Kit Young Living pada ahli baharu, serta mengetengahkan potensi Essential Rewards.
moving forward with intention oleh jen jordan
Kemajuan memerlukan tujuan yang betul kerana ia akan menetapkan arah perjalanan anda. Pemikiran yang tepat tanpa tujuan yang betul boleh memakan diri. Di sini, kita akan berkongsi tentang apa yang kita gemari, lalu menterjemahkan perkongsian itu dengan tujuan yang betul, serta membina hubungan baik yang lebih utuh.
strategies for success oleh jen jordan
Kita telah menyentuh tentang pemikiran dan tujuan. Jadi, apa seterusnya? Kadang-kala kita tahu apa yang perlu dilakukan tetapi kita tidak pasti bagaimana untuk melakukannya. Dalam topik ini, kita akan berbincang tentang strategi berdasarkan pengalaman peribadi Jen. Beliau akan berkongsi rahsia perniagaan beliau dengan anda, di mana strategi-strategi ini cukup mudah untuk sesiapa sahaja menggunakannya.
practical leadership oleh jen jordan
Dalam segmen ini, Jen akan beralih kepada aktiviti-aktiviti praktikal dalam menjadi seorang leader dengan melakukan langkah-langkah praktikal berdasarkan kepada strategi yang telah dikongsikan dalam segmen sebelumnya. Beliau akan berbicara tentang alat yang beliau gunakan dalam memastikan pasukan beliau kekal bermotivasi.
be about action oleh jen jordan
Kita akan terus mendalami pelbagai strategi. Dalam topik ini, kita akan lebih memahami tentang cara dan pelaksanaan strategi-strategi tersebut. Alah bisa tegal biasa. Lebih banyak kita melakukan aktiviti yang betul, lebih cepat kita akan mencapai matlamat kita. Kita akan akhiri sesi latihan ini dengan satu pelan tindakan bagi memastikan pengisian latihan ini akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian para peserta.
ignite the momentum sharing dengan barisan panel norhidawati abdul aziz, dewi nur dina j hamsah, sarini bujang & angel chong
Para leader Malaysia ini amat berkobar-kobar untuk berkongsi kisah kejayaan dan pengalaman mereka dengan anda. Ketahui susur galur kehidupan mereka dan bermotivasilah untuk terus berdiri kukuh dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang, kerana ketekunan dan konsisten merupakan titik-titik penting dalam mencapai apa jua kejayaan.