Pengembaraan Insentif Take the Lead 2019

Cabaran Ladang Gihndagun (1 Mac hingga 30 Jun 2019)

Apa selepas “Love it? Share it!”?

Adakah anda mempunyai minat yang mendalam tentang minyak pati Young Living dan produk terseduh minyak kami? Adakah komitmen Seed to Seal bergema selari dengan minat anda dalam gaya hidup sihat dan membina hubungan yang harmoni dengan alam semula jadi? Adakah anda ingin menikmati sendiri pengalaman Seed to Seal di ladang Tea Tree kami agar dapat berkongsi pengalaman yang unik ini dengan individu lain?
Jika jawapan anda YA pada semua soalan di atas, Cabaran Take the Lead Ladang Gihndagun 2019 merupakan cabaran khas untuk anda!
Dari 1 Mac hingga 30 Jun 2019, Anda boleh memperoleh mata dengan memperkenalkan ahli baharu kepada Young Living dan mengajak mereka menikmati pelbagai ganjaran dengan menyertai Essential Rewards. Kemudian, kami akan terbangkan anda bersama tetamu anda ke Australia pada bulan September ini untuk menikmati sendiri pengalaman Seed to Seal di ladang kongsi kami di Ladang Gihndagun di mana minyak pati Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) dihasilkan!
Apakah Pengalaman Tidak Boleh Dilupakan dan Memberikan Inspirasi yang Anda Nanti-Nantikan Melalui Pengembaraan Ini?

- Merumput dan menanam Tea Tree yang dikehendaki di setiap rumah di seluruh dunia
- Mengetahui tempat di mana dan cara Young Living menghasilkan Minyak Tea Tree secara mampan
- Lawatan yang menakjubkan lagi menenangkan ke Crystal Castle dan Shambala Gardens di Byron Bay Hinterland
- Hubungan erat bersama ahli Young Living dari seluruh Asia Pasifik yang berkongsi minat mendalam anda dan menyokong impian anda!

Ladang Gihndagun

Ladang Gihndagun telah menghasilkan Minyak Tea Tree melalui proses mampan selama lebih daripada 20 tahun. Mereka hanya menggunakan benih bukan GMO, memilih burung sebagai sejenis kaedah kawalan perosak yang berkesan, mendokong piawaian emas antarabangsa bagi menyokong ujian tanpa melibatkan haiwan terhadap produk pengguna dan piawaian tertinggi dalam sistem pengurusan kualiti dan alam sekitar. Mereka disyorkan oleh Australian Federation of Islamic Councils sebagai penguatkuasa utama bagi kepiawaian dan pemantauan terhadap produk makanan yang dibeli oleh kaum Muslim di Australia.

Crystal Gardens

Crystal Gardens menempatkan kristal semulajadi yang paling besar dan menawan di dunia; di mana anda boleh berdiri di antara dua kristal tertinggi di dunia – Crystal Guardians – dan terpukau dengan keindahan Enchanted Cave, iaitu gua ametis terbesar di dunia. Ia juga mempersembahkan 5 hektar taman botani dan hutan hujan Shambala Gardens yang merupakan satu daripada permata luar biasa dunia yang mendamaikan jiwa anda.

Cara untuk Menang adalah Mudah!
Tempoh Promosi: 1 Mac 2019 hingga 30 Jun 2019
Kumpul mata dengan memperkenalkan Young Living dan bantu ahli baharu untuk menyertai Program Essential Rewards sebagai langkah permulaan mereka!
1. Daftar 1 ahli baharu dengan Premium Starter Kit (atau 100PV) dan peroleh 1 mata TTL (max. 15 mata setiap bulan)
2. Bantu ahli baharu untuk menyertai Essential Rewards dengan 100PV semasa bulan pertama pendaftaran untuk memperoleh 3 mata TTL (maksimum 45 mata)
3. Bantu ahli baharu untuk menyertai Essential Rewards dengan 100PV semasa bulan kedua pendaftaran untuk memperoleh 6 mata TTL (maksimum 90 mata)
4. Bantu ahli baharu untuk menyertai Essential Rewards dengan 100PV semasa bulan ketiga pendaftaran untuk memperoleh 9 mata TTL (maksimum 135 mata)
5. Bantu ahli baharu untuk menyertai Essential Rewards dengan 100PV semasa bulan keempat pendaftaran untuk memperoleh 12 mata TTL (maksimum 180 mata)

Hadiah

Pemenang Tingkat Pertama
Dua (2) tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi ke Gold Coast, Australia, penginapan tiga (3) malam untuk dua orang termasuk sarapan, pengalaman di ladang, latihan eksklusif, makan malam keraian dan rombongan dalam kumpulan.
Pemenang Tingkat Kedua
Satu (1) tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi ke Gold Coast, Australia, penginapan tiga (3) malam untuk seorang termasuk sarapan, pengalaman di ladang, latihan eksklusif, makan malam keraian dan rombongan dalam kumpulan.
Take the Lead dan kami akan menanti anda di Ladang Gihndagun di Australia! Untuk maklumat lebih lanjut tentang Cabaran, Hadiah dan cara untuk melihat Carta Kedudukan, sila rujuk Virtual Office!

Peraturan Rasmi

Penerangan Promosi
Pertandingan Take the Lead 2019 ("Promosi") ditaja oleh Young Living Malaysia Sdn Bhd ("Young Living"). Tempoh pertandingan bermula dari 1 Mac 2019, pada 12 pagi, MYT dan berakhir pada 11:59 malam, MYT, 30 June 2019 ("Tempoh Promosi"). Kaedah penjagaan masa Young Living merupakan masa rasmi untuk Pertandingan tersebut dan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Pemenang akan dipilih selepas Tempoh Promosi berdasarkan Ahli yang memperoleh jumlah mata kelayakan yang paling tinggi yang terkumpul sepanjang Tempoh Promosi. 20 pemenang akan terpilih.
Kelayakan
Promosi ini hanya terbuka kepada Ahli Young Living Malaysia yang aktif dan mempunyai kedudukan yang baik dengan Young Living serta telah mencapai pangkat Executive hingga Platinum atau Platinum yang mencapai pangkat Diamond buat kali pertama semasa dalam Tempoh Promosi, berumur 18 tahun atau lebih pada 1 Mac 2019, mempunyai Pengenalan Diri Malaysia yang sah dan alamat surat-menyurat utama (yang disenaraikan dalam akaun Ahli) serta bukti kewarganegaraan di Malaysia. Promosi ini tidak terbuka kepada semua Ahli dalam pasaran NFR. Batal di mana terlarang. Ahli yang aktif merupakan Ahli yang telah membuat pesanan sekurang-kurangnya 50 PV dalam 12 bulan yang terakhir dan telah menandatangani Perjanjian Ahli Young Living. Audit akan dilakukan ke atas ahli yang layak untuk memastikan pematuhan ke atas peraturan dan kedudukan ahli. Young Living mungkin akan mengambil dua minggu untuk melakukan audit bagi menentusahkan jumlah mata dan mengumumkan pemenang.
Kelayakan Essential Rewards
Merujuk kepada perolehan mata daripada Pendaftaran Ahli Baharu dan Essential Rewards, anda boleh memperoleh mata daripada ahli anda yang mendaftar secara peribadi yang mempunyai alamat surat menyurat dalam fail di Jepun, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia atau New Zealand.
Cara untuk Memperoleh Mata dan Menang
Peserta Promosi boleh memperoleh mata sepanjang 1 Mac 2019 sehingga 30 Jun 2019. Sebuah carta kedudukan yang mempamerkan 50 penerima mata tertinggi boleh didapati di Virtual Office.
Anda hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya 150 mata TTL semasa tempoh promosi bagi melayakkan diri untuk menyertai Cabaran Take the Lead Ladang Gihndagun 2019. Walaubagaimanapun, mata minimum yang diperoleh tidak akan menjanjikan kemenangan kerana hanya 20 ahli yang memperoleh jumlah mata paling tinggi akan memenangi hadiah tersebut. Anda boleh melayakkan diri dengan mana-mana gabungan mata. Anda boleh peroleh mata melalui:
Pendaftaran Ahli Baharu
- Ahli baharu yang mendaftar secara peribadi dengan mendaftar bersama mana-mana APAC PSK atau Pesanan Pendaftaran Minimum (MEO) — 1 mata TTL (15 mata maksimum setiap bulan untuk kategori ini).
Pendaftaran Essential Rewards
- Ahli baharu anda yang mendaftar secara peribadi dengan mendaftar bersama ER dalam bulan pertama pendaftaran berserta templat 100 PV dan mengekalkan templat 100 PV beliau untuk 1-2 bulan — 3 mata TTL (45 mata maksimum setiap bulan untuk kategori ini).
Pengekalan Essential Rewards
- Ahli baharu mengekalkan dan memproses OTG ER dengan 100 PV semasa bulan kedua pendaftaran — 6 mata TTL (90 mata maksimum setiap bulan)
- Ahli baharu mengekalkan dan memproses OTG ER dengan 100 PV semasa bulan ketiga pendaftaran — 9 mata TTL (135 mata maksimum setiap bulan)
- Ahli baharu mengekalkan dan memproses OTG ER dengan 100 PV semasa bulan keempat pendaftaran — 12 mata TTL (180 mata maksimum setiap bulan)
Sekiranya berlaku seri, kedudukan akan ditentukan melalui perkembangan OGV tertinggi ahli dari semasa tempoh promosi Cabaran Take the Lead Ladang Gihndagun 2019 bermula.
Pengiraan Mata: Mata yang diperoleh dikira dan dikemas kini secara harian dan akan dipamerkan pada halaman Kedudukan Mata di Virtual Office. Dengan menyertai pertandingan ini, Peserta telah maklum dan terima bahawa maklumat ini akan dipamerkan kepada umum.
Mata yang Diperolehi: Mata yang diperolehi hanya boleh digunakan untuk Cabaran Take the Lead Ladang Gihndagun 2019 dan tidak boleh digunakan untuk apa-apa promosi yang lain.
Pemindahan Mata: Ahli tidak boleh memindahkan mata mereka ke individu atau ahli yang lain jika mereka tidak boleh menyertainya sendiri.
Tarikh Lupus Mata: Semua mata akan terlupus selepas tamatnya Tempoh Promosi. Mata tidak boleh ditebus semula untuk mana-mana acara, program atau produk Young Living.
Nilai Mata: Mata tidak mempunyai nilai wang tunai dan tidak boleh ditebus atau dipulangkan semula dalam bentuk yang sama.
Pengunduran: Tiada mata boleh diperoleh melalui pengunduran tarikh (pendaftaran atau pembelian produk).
Pemulangan dan Penukaran Produk: Mana-mana pemulangan atau penukaran produk boleh mengakibatkan mata berkenaan ditarik balik.
Pelarasan Mata: Anda mempunyai sehingga 11:59 malam pada 3 Julai 2019 untuk menyemak mata anda dan menghantar e-mel ke marketing.my@youngliving.com untuk apa-apa rayuan bagi penyelarasan mata. Sebarang rayuan tidak akan dilayan selepas 4 Julai 2019. Sila hantarkan e-mel kepada marketing.my@youngliving.com dengan perkara: Cabaran Take the Lead Ladang Gihndagun 2019 dan sertakan bersama butiran lengkap tentang mata yang tidak terkumpul dan cara perolehan mata tersebut.
Hadiah
Hadiah (diterangkan di bawah) akan diberikan kepada Peserta yang memperoleh Mata paling banyak sepanjang Tempoh Promosi. Alamat surat-menyurat utama bagi Peserta yang menang hendaklah dalam Malaysia sepanjang Tempoh Promosi tersebut.
Hadiah Tingkat Pertama: Dua (2) tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dari lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dengan alamat pemenang yang telah didaftarkan dalam fail ke Gold Coast, Australia, penginapan tiga (3) malam untuk dua (2) orang termasuk sarapan, lawatan ke ladang, latihan dan rombongan dalam kumpulan. Setiap Hadiah Tingkat Pertama mempunyai anggaran nilai runcit ("ARV") berjumlah MYR17,000.
Hadiah Tingkat Kedua: Satu (1) tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dari lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dengan alamat pemenang yang telah didaftarkan dalam fail ke Gold Coast, Australia, penginapan tiga (3) malam untuk seorang (1) termasuk sarapan, lawatan ke ladang, latihan dan rombongan dalam kumpulan. Setiap Hadiah Tingkat Kedua mempunyai anggaran nilai runcit ("ARV") berjumlah MYR11,000.
Syarat Hadiah Umum
Young Living tidak bertanggungjawab bagi - dan pemenang Hadiah tidak akan menerima - perbezaan, jika ada, di antara nilai sebenar sesuatu Hadiah semasa waktu pemberian dan ARV yang dinyatakan dalam Peraturan Rasmi ini atau mana-mana surat-menyurat atau bahan yang berkaitan dengan Promosi. Pemenang Hadiah adalah bertanggungjawab bagi semua cukai persekutuan, negeri dan tempatan (termasuk cukai pendapatan dan penangguhan), jika ada, serta apa-apa kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan Hadiah yang tidak dikhususkan di sini sebagai disediakan, tanpa menghiraukan sama ada Hadiah itu digunakan seluruhnya atau sebahagiannya. Young Living tidak sesekali akan bertanggungjawab untuk memberi Hadiah lebih daripada yang dinyatakan di sini. Jika berlaku kejadian di mana tidak terdapat cukup Ahli yang layak untuk memenangi semua Hadiah, Young Living berhak untuk memberi jumlah Hadiah mengikut jumlah Ahli yang layak. Apa-apa Hadiah yang tidak diberikan selepas Tempoh Promosi akan kekal tidak diberikan. Sekatan/syarat Hadiah yang dinyatakan di sini tidak semuanya inklusif. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar atau ditebus dengan tunai, kecuali atas budi bicara Young Living di mana Young Living berhak menggantikan sesuatu Hadiah (atau sebahagian daripadanya) dengan sesuatu Hadiah yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi. Hadiah-hadiah diberikan "SEADANYA" dan TANPA APA-APA JENIS WARANTI, menyatakan atau menandakan, termasuk, tanpa pengehadan, apa-apa waranti yang menandakan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan yang tertentu.
Peserta yang menang hendaklah menyerahkan borang Pembayaran Ganti Kredit Perjalanan yang lengkap berserta dengan bukti pembelian (dengan jelas menyatakan nama peserta dan butiran penerbangan) di antara 23 September hingga 15 Oktober 2019 ke pejabat Young Living Malaysia. Kredit perjalanan adalah terpakai untuk tambang penerbangan peribadi peserta pada tarikh di antara 15 hingga 30 September 2019 sahaja. Semua pembayaran ganti hendaklah disokong oleh resit rasmi yang dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan. Makan, insurans dan perbelanjaan peribadi tidak boleh ditebus semula. Kredit Perjalanan tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh terpakai kepada Peserta yang menang yang telah memberi maklum balas terhadap e-mel penerimaan tersebut. Peserta yang menang adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan borang Pembayaran Ganti Kredit Perjalanan ke Young Living Malaysia (marketing.my@youngliving.com) selepas menyertai pengembaraan tersebut dan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan di atas. Penyerahan lewat tidak akan diterima.
Semua persiapan perjalanan bagi Hadiah Tingkat Satu dan Tingkat Dua mestilah dimuktamadkan dan ditempah sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum bermulanya pengembaraan tersebut. Kegagalan Peserta untuk memaklum balas terhadap e-mel dan panggilan telefon dari ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living dalam tempoh 24 jam boleh mengakibatkan penarikan tambang penerbangan yang menjadi sebahagian daripada Hadiah tersebut. Semua persiapan penerbangan yang berkaitan dengan Hadiah, adalah muktamad setelah dikeluarkan, dan Peserta yang menang adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa dan semua bayaran yang berkaitan dengan pertukaran perjalanan dalam apa cara pun. Kos perjalanan yang dikenakan di antara rumah Peserta yang menang dan lapangan terbang adalah di bawah tanggungan Peserta. Bayaran bagasi dan perbelanjaan yang lain adalah menjadi tanggungjawab Peserta yang menang sepenuhnya.
Semua perbelanjaan peribadi yang dikenakan terhadap pengembaraan ini adalah di bawah tanggungjawab Peserta yang menang. Peserta yang menang akan dikehendaki untuk menyediakan kad kredit atau kad debit peribadi mereka untuk menampung perbelanjaan sampingan mereka sendiri. Perbelanjaan sampingan tidak termasuk dalam Hadiah bagi Promosi tersebut.
Pembatalan Dan Pemulangan; Force Majeure
Pemenang-pemenang Hadiah yang membatalkan hadiah pengembaraan ke Darwin, Australia, tidak akan menerima pembayaran semula nilai bagi Hadiah-hadiah mereka. Pemenang hadiah yang membatalkan kehadiran mereka mungkin akan dikehendaki oleh Young Living, atas budi bicara penuhnya, untuk membayar ganti Young Living bagi apa-apa kos yang berkaitan dengan pembatalan perjalanan mereka. Young Living tidak akan memberi pampasan, dalam bentuk tunai atau yang serupa dengannya, kepada ahli yang layak tetapi tidak dapat menyertai pengembaraan itu selepas menerima tawaran pengembaraan tersebut. Insurans perjalanan tidak termasuk dalam Hadiah tetapi Peserta yang menang amat disarankan untuk membelinya atas perbelanjaan mereka sendiri. Young Living tidak akan bertanggungjawab jika pembatalan majlis berlaku akibat mana-mana yang berikut: cuaca ekstrem, bencana alam, mogok, piket, boikot, kebakaran, banjir, kemalangan, peperangan (sama ada diisytihar atau tidak), revolusi, rusuhan, pemberontakan, kuasa Tuhan, kuasa kerajaan (termasuk, tanpa pengehadan, mana-mana agensi atau jabatan Amerika Syarikat), kuasa musuh awam, kekurangan atau pencatuan gasolin atau bahan api atau produk penting yang lain, ketidakupayaan untuk mendapatkan bahan atau tenaga buruh, atau sebab-sebab lain yang di luar kawalan Young Living. Dalam keadaan sebegini, Young Living mungkin akan memberi hadiah wang tunai yang mempunyai nilai yang sama atas budi bicaranya.
Lesen
Dengan menerima Hadiah, pemenang Hadiah telah masing-masing memberi izin untuk menggunakan nama, alamat (bandar dan negeri/daerah tempat tinggal), suara, dan kenyataan mereka yang berkaitan dengan Promosi dan Young Living, dan gambar atau apa-apa yang seumpamanya, tanpa pampasan, pemberitahuan atau keizinan selanjutnya dalam mana-mana publisiti atau pengiklanan yang dijalankan oleh Young Living atau mana-mana entiti berkaitan dalam apa-apa media tanpa had kawasan atau masa, kecuali yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Pembatasan Liabiliti
Young Living dan gabungan, anak syarikat, syarikat induk, agensi pengiklanan dan promosi, pencetak dan juri yang terlibat dalam Promosi ini tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan maklumat yang mungkin digunakan dalam Promosi, untuk apa-apa kesilapan teknikal atau manusia yang mungkin berlaku semasa memproses pendaftaran, termasuk data yang dimasukkan oleh peserta, apa-apa kesilapan penyertaan seperti kegagalan teknikal yang berkaitan dengan komputer, telefon, kabel dan gangguan hubungan jaringan atau pelayan; kegagalan teknikal yang berkaitan, atau kegagalan lain yang berkaitan dengan perkakas, perisian atau virus; atau pendaftaran yang tidak lengkap, lambat atau tersalah arah. Apa-apa kompromi untuk pengendalian yang adil dan sewajarnya bagi Promosi yang berkaitan dengan virus komputer atau jenis kerosakan teknikal yang sama yang mungkin memberi kesan kepada keadilan, keselamatan dan pentadbiran yang sewajarnya bagi Promosi tersebut boleh mengakibatkan pembatalan, pembetulan atau perubahan pada Promosi atau sebahagian daripadanya atas budi bicara Young Living. Young Living berhak, atas budi bicaranya, untuk menjadikan pendaftaran Peserta tidak sah, di mana Young Living percaya Peserta tersebut telah cuba untuk mengusik atau merosakkan pentadbiran, keselamatan, keadilan atau pengendalian yang sewajarnya pada Promosi tersebut atau Peserta yang tidak mempunyai semangat kesukanan atau mempunyai niat untuk mengugut serta mengganggu individu lain.
Peraturan Dan Undang-Undang Lain
Jika segala aspek perubahan bagi Hadiah tersebut di luar kawalan Young Living, Young Living, mahupun mana-mana rakan promosi lain yang menyediakan Hadiah, tidak akan dipertanggungjawab atau bertanggungjawab bagi apa-apa perubahan yang seumpamanya, dan Young Living berhak untuk menggantikan suatu hadiah kepada hadiah yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi, atas budi bicara Young Living sepenuhnya, jika, atas apa-apa sebab, semua atau sebahagian daripada suatu Hadiah, seperti yang dihuraikan di sini, tidak atau menjadi tidak boleh didapati. Pemindahan suatu Hadiah kepada pihak ketiga tidak dibenarkan. Dengan menerima suatu Hadiah, pemenang Hadiah bersetuju bahawa Young Living tidak seharusnya dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kecederaan, kerosakan, atau kerugian dalam apa-apa bentuk yang diakibatkan oleh atau berkaitan dengan pemberian, penerimaan atau kegunaan Hadiah tersebut atau mana-mana aspek atau sebahagian daripadanya.
Young Living akan menjadi pemutus terakhir bagi semua tafsiran peraturan dan penentuan kelayakan, dan keputusan sedemikian adalah muktamad. Young Living boleh meminda peraturan ini dengan menerbitkan satu versi peraturan yang baharu sekiranya perlu untuk menjelaskan soalan dalam peraturan atau tafsiran. Hadiah, di mana berkenaan, akan dilaporkan sebagai pendapatan dalam borang cukai tahunan pemenang. Pemenang Hadiah bertanggungjawab untuk membayar semua cukai atas apa-apa Hadiah dan/atau subsidi atau subsidi-subsidi yang dianugerahkan oleh Young Living. Young Living berhak untuk menggantung atau membatalkan Promosi ini, tanpa notis, atas apa-apa sebab atau tanpa sebab, atas budi bicaranya yang sepenuhnya. Kakitangan Young Living dan entitinya yang berkaitan serta pasangan dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai Promosi ini. Promosi ini akan menjadi tidak sah sepertimana yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Semua peserta akan tertakluk kepada audit atau penentusahan tentang jumlah Mata mereka.
Dengan menyertai Promosi ini, anda (i) sedia maklum kepatuhan pada Peraturan Promosi ini, termasuk semua syarat kelayakan, (ii) menjamin bahawa apa-apa maklumat yang anda berikan yang berkait dengan Promosi ini adalah benar dan tepat, dan (iii) bersetuju untuk tertakluk pada keputusan yang dibuat oleh Young Living, yang merupakan muktamad dan terikat dalam semua hal yang berkaitan dengan Promosi ini. Peserta yang tidak mematuhi Peraturan Promosi ini boleh disingkirkan.
Promosi ini adalah tertakluk pada undang-undang persekutuan, negeri, daerah dan perbandaran yang berkenaan.
Sekiranya terdapat apa-apa keterangan Promosi yang terkandung dalam Peraturan Rasmi ini bercanggah dengan apa-apa keterangan Promosi yang terkandung dalam bahan Promosi yang lain (termasuk, tanpa pengehadan, mana-mana tahap penjualan, pengiklanan atas talian atau bercetak, atau papan pemuka), keterangan Promosi yang tercatat dalam Peraturan Rasmi ini akan diutamakan.
Kegagalan atau keputusan Young Living untuk menguatkuasa apa-apa peruntukan dalam Peraturan Rasmi ini tidak akan membentuk penepian bagi peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan yang lain. Jika apa-apa peruntukan ditentukan menjadi tidak sah ataupun tidak boleh dikuatkuasakan atau haram, Peraturan Rasmi ini akan walaubagaimanapun kekal berkuat kuasa dan harus ditafsir mengikut terma mereka seolah-olah peruntukan yang tidak sah atau haram itu tidak terkandung di sini.