Pengembaraan Insentif Take the Lead 2019

Soalan Lazim (FAQ) Cabaran Ladang Darwin
Bilakah tempoh kelayakan bagi promosi Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019?
1 Mac - 30 Jun, 2019
Bilakah pengembaraan Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019 akan diadakan?
September 2019
Di manakah Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019 ini akan diadakan?
Di Hutan Simpan Botani & Penyulingan Outback, Darwin, Australia
Apakah yang ditawarkan sekiranya saya memenangi Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019?
Hadiah Tingkat Pertama: Dua (2) tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dari lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dengan alamat pemenang yang telah didaftarkan dalam fail ke Darwin, Australia, penginapan tiga (3) malam untuk dua (2) orang termasuk sarapan, lawatan ke ladang, latihan dan rombongan dalam kumpulan. Setiap Hadiah Tingkat Pertama mempunyai anggaran nilai runcit ("ARV") berjumlah MYR17,000.
Hadiah Tingkat Kedua: Satu (1) tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dari lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dengan alamat pemenang yang telah didaftarkan dalam fail ke Darwin, Australia, penginapan tiga (3) malam untuk seorang (1) termasuk sarapan, lawatan ke ladang, latihan dan rombongan dalam kumpulan. Setiap Hadiah Tingkat Kedua mempunyai anggaran nilai runcit ("ARV") berjumlah MYR11,000.

Adakah saya layak untuk memenangi hadiah tersebut jika saya mencapai umur 18 tahun semasa tempoh promosi?
Promosi ini terbuka kepada Ahli yang aktif dan mempunyai kedudukan yang baik dengan Young Living; berumur 18 tahun atau lebih atau umur majoriti dalam budi bicara mereka pada 1 Mac 2019.
Bolehkah seorang ahli NFR menyertai Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019?
Tidak boleh. Ahli NFR tidak boleh menyertai Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019.
Jika ahli saya yang baharu mendaftar secara peribadi berada di luar negara atau dalam pasaran Bukan Untuk Jualan Semula (NFR), adakah saya masih boleh memperolehi mata?
Mata hanya akan diperoleh jika ahli anda yang baharu mendaftar secara peribadi mempunyai alamat surat menyurat di Jepun, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia atau New Zealand.
Bagaimana cara untuk memperoleh mata dan menang?
Mata akan dikumpul berdasarkan setiap pendaftaran peribadi yang baharu dengan PSK, pendaftaran ahli baharu dengan Essential Rewards dan pengekalan Essential Rewards bagi ahli baharu. 20 peserta dengan jumlah mata tertinggi akan memenangi hadiah.
Saya telah mendaftar seseorang dengan Starter Kit tetapi mata tidak kelihatan pada papan mata saya sendiri. Apa yang perlu saya lakukan?
Pastikan individu yang baharu mendaftar itu telah menerima perjanjian pengedar. Mata tidak akan diberikan sehingga individu yang mendaftar menerima perjanjian pengedar beliau.
Bagaimana cara untuk saya menyemak mata, status dan kedudukan dalam promosi ini?
Maklumat ini terkandung dalam carta kedudukan yang boleh didapati di Virtual Office.
Berapa kerap mata individu dan carta kedudukan dikemaskinikan?
Mata akan dikemas kini sekali dalam sehari, lebih kurang jam 6 pagi MT.
Adakah mata yang diperoleh untuk promosi Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019 mempunyai nilai wang tunai atau nilai mata Essential Rewards?
Mata yang diperoleh hanya boleh digunakan untuk Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019 dan tidak boleh digunakan untuk apa-apa promosi yang lain. Ahli tidak boleh memindahkan mata mereka kepada individu atau ahli yang lain jika mereka tidak dapat menghadiri sendiri. Mata tidak mempunyai nilai wang tunai dan tidak boleh ditebus dan dipulangkan semula. Semua mata akan lupus selepas Tempoh Promosi tamat. Mata tidak boleh ditebus semula untuk mana-mana acara, program atau produk Young Living.
Bilakah peserta yang menang akan diumumkan?
Young Living akan menghubungi semua pemenang hadiah untuk mengumumkan kemenangan secara rasmi dan menerangkan cara untuk menuntut hadiah.
Bagaimana Young Living memilih pemenang sekiranya keputusan menjadi seri?
Sekiranya berlaku seri, kedudukan akan ditentukan melalui perkembangan OGV tertinggi ahli dari mula semasa tempoh promosi Cabaran Take the Lead Ladang Darwin 2019.
Adakah Young Living akan membuat tempahan perjalanan atau saya mempunyai pilihan untuk membuat tempahan sendiri?
Persiapan perjalanan untuk Hadiah-Hadiah Tingkat Satu & Tingkat Dua akan diaturkan untuk Peserta yang layak melalui ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living. Jika pemenang Hadiah membeli tiket penerbangan mereka sendiri, tanpa kelulusan daripada ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living terlebih dahulu, mereka tidak akan layak untuk mendapat pembayaran ganti.
Bolehkah saya tiba awal atau melanjutkan pengembaraan saya?
Peserta yang layak dan teman pengembaraan mereka mesti mengembara bersama mengikut jadual yang sama serta memiliki semua dokumen perjalanan yang diperlukan. Jika pemenang hadiah dan/atau tetamu mereka memilih untuk melanjutkan pengembaraan mereka luar daripada tarikh acara tersebut, mereka boleh melakukannya di atas perbelanjaan mereka sendiri. Young Living tidak akan menanggung perbelanjaan tambahan bagi ketibaan awal atau perlepasan lewat yang tidak diluluskan melalui pasukan acara tempatan Young Living.
Adakah Young Living akan membayar pengangkutan pergi balik saya ke lapangan terbang?
Kos perjalanan yang dikenakan di antara rumah peserta yang menang dengan lapangan terbang adalah di bawah tanggungan peserta itu sendiri.
Adakah Young Living akan membayar fi bagasi saya?
Bayaran bagasi dan perbelanjaan yang lain adalah menjadi tanggungjawab peserta yang menang sepenuhnya.
Adakah terdapat cara untuk saya membawa lebih daripada seorang tetamu bersama saya?
Jika pemenang ingin membawa lebih daripada seorang tetamu ke pengembaraan ini bersama mereka, mereka boleh melakukannya di atas kos mereka sendiri. Jika pemenang ingin menambah lagi tetamu, mereka boleh lakukannya semasa pendaftaran sebaik senarai diumumkan dan pemenang dihubungi. Bayi dan kanak-kanak berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan untuk menyertai pengembaraan ini sebagai tetamu.
Bagaimana boleh saya ketahui tentang mata yang diperuntukkan atau butiran khusus lebih lanjut yang berkaitan dengan promosi ini?
Untuk soalan yang khusus, sila hantarkan e-mel ke marketing.my@youngliving.com
- DOKUMEN TAMAT -