Penuaian Musim Sejuk 2014

Alami proses Seed to Seal di Penuaian Musim Sejuk 2014!

Penuaian Musim Sejuk tahunan di ladang pokok Highland Flats, Idaho, kami akan tiba tidak lama lagi! Setiap tahun, pengedar dari seluruh dunia berkumpul untuk menuai balsam fir, spruce biru, dan pokok lain sebagai sebahagian daripada proses unik Seed to Seal® Young Living. Sertai kami dan alami kerja keras yang menyeronokkan dan komitmen yang diberikan bagi menjadikan Young Living peneraju dunia dalam minyak pati!
Di acara menuai itu, anda akan dapat:
Memainkan peranan penting dalam pengeluaran minyak pati tanda
Mempelajari kaedah penuaian yang bertahan lama dan berhubung semula dengan cara hidup yang lebih mudah dan lebih semula jadi
Menemui penghargaan baharu untuk komitmen Young terhadap kualiti dan keaslian
Mendapat rakan baharu dan memori yang berkekalan
Klik di sini untuk melawati halaman Soalan Lazim.

Butiran Acara

Penuaian dijalankan selama tempoh enam hari sebanyak lapan kali. Hadirin boleh menyertai kami untuk mana-mana atau semua tempoh ini, jika mahu.
Minggu 1: 6 Januari – 11 Januari

Minggu 2: 13 Januari – 18 Januari

Minggu 3: 20 Januari – 25 Januari

Minggu 4: 27 Januari – 1 Februari

Minggu 5: 3 Februari – 8 Februari

Minggu 6: 10 Februari – 15 Februari

Minggu 7: 17 Februari – 22 Februari

Minggu 8: 24 Februari – 1 Mac

Kos dan Pendaftaran

Kos untuk menghadiri penuaian ialah $150 setiap orang seminggu di penginapan asrama kami atau $225 seminggu untuk bilik dua orang. Bagi menempah tempat anda, klik di sini.
Sekiranya berlaku pembatalan, pendaftaran boleh dipindahkan kepada orang lain. Tetapi, disebabkan oleh keadaan acara ini dan perbelanjaan yang terlibat dalam perancangan untuk setiap hadirin, pembayaran balik tidak dibenarkan. Pendaftaran mesti dipindahkan sebelum 30 Disember 2013.

Penginapan dan Makanan

Ketika di ladang Highland Flats, hadirin boleh tinggal di salah satu unit asrama kami. Kompleks bangunan itu mempunyai kuasa elektrik dan air paip dan termasuk bilik air, pancuran, mesin basuh, dan pengering.

Young Living akan menyediakan makanan tiga kali sehari. Buah-buahan, air, dan sedikit snek juga akan tersedia sepanjang hari. Snek persendirian boleh dibawa tetapi mesti disimpan oleh pemilik.

Perancangan Perjalanan

Lapangan terbang yang terdekat dengan ladang Highland Flats adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Spokane di Spokane, Washington. Young Living akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma dari lapangan terbang itu ke ladang yang bertolak pada 4 ptg. Pada hari pertama setiap acara, jadi sila aturkan rancangan penerbangan anda mengikut jadual dan pastikan yang anda tiba tidak lewat dari 3 ptg. Misalnya, jika anda merancang untuk menghadiri minggu pertama penuaian, dari 6-11 Januari, anda harus tiba di lapangan terbang di Spokane pada 5 Januari sebelum 3 ptg. Perkhidmatan ulang-alik akan bertolak dari Lapangan Terbang Spokane Ramada, dan hadirin harus berkumpul di sana.

Selepas acara tamat, perkhidmatan ulang-alik akan menghantar hadirin ke lapangan terbang, berlepas dari ladang pada 9 pg. pada Ahad. Penerbangan harus dijadualkan berlepas selepas 12 tgh hari bagi memastikan masa perjalanan yang mencukupi ke lapangan terbang. Sebagai contoh, jika anda menghadiri minggu pertama penuaian, dari 6-11 Januari, perkhidmatan ulang-alik akan berlepas dari ladang pada 9 pg pada 12 Januari, dan penerbangan anda harus dijadualkan berlepas selepas 12 tgh hari. Disebabkan tempat yang terhad di asrama ladang, hadirin perlu balik pada hari Ahad. Jika penerbangan anda tidak berlepas sehingga Isnin, anda perlu mencari hotel di Spokane untuk Ahad malam.

Jika anda terlepas perkhidmatan ulang-alik atas sebarang sebab, anda perlu membuat dan membayar aturan perjalanan anda sendiri. Jika anda merancang untuk menginap di tempat lain, anda akan bertanggungjawab sendiri terhadap perjalanan ke dan dari ladang.

Sila e-melkan maklumat penerbangan anda atau aturan perjalanan lain, serta nombor telefon bimbit untuk tujuan hubungan, kepada Marcie King di mking@youngliving.com sebelm 30 Disember 2013.

Apa yang Perlu Dibawa

Pakaian (sila ambil perhatian bahawa lebih baik memakai pakaian berlapis)

Pakaian dan pakaian dalam untuk cuaca sejuk

Kot berkerja tebal

Sarung tangan kerja (dua pasang)

Jeans kerja

Kemeja kerja lengan panjang

But kerja dan stoking

Kemeja peluh

Pajama panas

Selipar

Selipar mandi

But

Stoking panas

Topi panas

Skarf leher

Peralatan

Beg tidur (dikadarkan untuk -10º F)

Bantal

Selimut tambahan

Bekas air

Lampu suluh dan bateri

Kamera dengan filem atau kad memori

Barangan penjagaan peribadi

Berus kuku

Tuala dan kain basuhan

Tugasan Kerja

Semua tugas di penuaian akan ditugaskan di tapak. Untuk memohon tugasan tertentu, sila e-melmking@youngliving.com dan permohonan itu akan dipertimbangkan. Semua permohonan akan diambil berdasarkan turutan pernerimaan permohonan, dan tugasan akan diberikan setelah tiba di ladang.

Kelayakan

Semua pengedar yang berusia 18 tahun atau ke atas boleh menghadiri acara ini. Peserta mestilah cergas secara fizikal dan boleh mengangkat 35 paun, tahan suhu melampau, dan terlibat dalam aktiviti fizikal yang lasak.