Pasukan Kepimpinan Global

Lyndi Smith

Naib Presiden Kanan, Pemasaran Global

Kisah Lyndi Smith di Young Living bermula pada tahun 2001 apabila beliau mula bertugas sebagai wakil perkhidmatan pelanggan. Beliau tidak menyangka arah perjalanan kerjayanya yang membawa dirinya ke tahap ini secara profesional atau peribadi. Setelah sembilan tahun di pusat perhubungan dan memegang jawatan yang mengurus pusat tersebut, Lyndi membuat keputusan untuk menurut minatnya dan menyertai pasukan Pemasaran.

Pada tahun 2017, beliau dilantik menjadi Naib Presiden Kanan Pemasaran Global dan beliau kini menyelia jenama global dan usaha pemasaran secara strategic serta mengurus Pemasaran Kandungan dan Komunikasi, Perhubungan Awam dan Kesedaran Jenama, Pengalaman Acara Global, Pemasaran Perkembangan Digital dan Pemasaran Produk.

Pada masa lapang, Lyndi menggemari aktiviti luar, mendaki, memandu pacuan empat roda, mengembara, fotografi dan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Minyak pati kegemaran beliau ialah Peppermint dan Thieves®, dan beliau gemar menggunakan Savvy Minerals by Young Living® , serta Young Living Seedlings™ untuk diri sendiri dan keluarganya.

Alene Frandsen

Naib Presiden Kanan, Penerbitan dan Kajian Dokumen

Sebagai Naib Presiden jabatan Penerbitan dan Kajian Dokumen, Alene menyelia, menyemak, mengedit dan memberi kelulusan terhadap penerbitan syarikat dan dokumen.

Beliau memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perniagaan dan telah berkhidmat dengan Young Living selama lebih daripada sedekad. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam mengajar perniagaan selama 25 tahun di peringkat kolej dan universiti, termasuk 7 tahun mengajar komunikasi pengurusan untuk Faculti Pengurusan Marriott di Brigham Young University. Alene pernah bekerjasama dengan Mary dan Gary Young dalam pelbagai projek, termasuk buku mereka D. Gary Young: The World Leader in Essential Oils, Ancient Einkorn: Today’s Staff of Life, dan The One Gift.

Alene gemar meluangkan masa bersama sepuluh cucu-cucunya dan mengusahakan taman sayur-sayurannya, serta membeku dan membotolkan hasil tanaman, membaca dan mengajar. Produk Young Living kegemarannya ialah Krim Kedutan Boswellia, Losyen Tangan & Badan Genesis, Krim Melegakan Sakit Cool Azul, dan semua produk Thieves®.

Prasad Gankanda

Naib Presiden Kanan, Operasi Jualan Global

Prasad merupakan asset yang penting dalam keluarga Young Living, di mana usaha beliau dalam operasi global telah membuahkan pencapaian yang menakjubkan dan meninggalkan kesan yang mendalam bagi pengalaman para ahli. Kemahiran dan pencapaian operasi beliau menyokong pengurangan dramatik dalam kehabisan stok antarabangsa, meningkatkan kualiti penghantaran dan masa menunggu, memperbaiki inventori dan ketetapan jangkaan dan pelaksanaan beberapa peningkatan pengendalian.

Prasad amat dikenali dalam kalangan ahli dengan semangat beliau yang tinggi. Dengan pelantikan yang baharu ini, Prasad akan terus memberikan perkhidmatan kelas pertama serta sokongan operasi antarabangsa dari korporat dan menerajui pembangunan operasi ke tahap seterusnya di APAC termasuk beberapa pasaran baharu yang menyertai Young Living tahun ini dan tahun-tahun yang berikutnya. Pencapaian beliau dalam tanggungjawab baharu ini akan dipertingkatkan dengan minyak pati kegemaran beliau iaitu: Stress Away dan Jasmine.

Joe Walker

Naib Presiden, Operasi IT Global

Sepanjang 12 tahun bersama Young Living, Joe telah membantu dalam pembangunan pejabat korporat baharu dan ladang Young Living, sistem sokongan 24 jam, projek khas IT dan keselamatan fizikal global. Pengetahuan Joe dalam hampir setiap ladang dan pejabat di seluruh dunia memberikan dia satu kelebihan dalam melaksanakan operasi IT yang baharu.

Sebelum menyertai dunia korporat, Joe telah menawan semangat keusahawanan dan memiliki sebuah perniagaan pencetak. Setelah menjalankan perniagaan sendiri, beliau berhijrah ke bidang IT dan memulakan kerjayanya di WordPerfect, Novell, Nature’s Way dan beberapa tahun kebelakangan ini bersama Young Living. Beliau kini memiliki pengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang IT yang menjadikannya individu yang paling tepat untuk dilantik sebagai Naib Presiden Operasi IT Global di Young Living.

Joe amat menyakini wawasan Young Living dan minyak kegemaran beliau ialah Thieves®, Lavender, dan Australian Blue. Pada waktu lapang, Joy gemar melakukan aktiviti luar, menunggang motorsikal, memandu kereta salji dan menyokong Utah Jazz.

Mark Ballstaedt

Naib Presiden, Kejuruteraan Perisian

Mark Ballstaedt membawa pengalamannya dalam bidang teknologi dan perisian selama lebih 20 tahun apabila dilantik sebagai Naib Presiden Pembangunan Perisian di Young Living. Beliau berpengalaman dalam menyediakan sokongan teknologi digital dan pembangunan perisian bagi syarikat jualan runcit dan langsung dalam pelbagai industri termasuk JetBlue Airways, 1-800 CONTACTS dan Glasses.com. Sebelum ini, Mark juga telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Teknologi di Vivint Smart Home.

Minat Mark terhadap teknologi bermula apabila beliau belajar menggunakan komputer dan membangunkan perisian pada umur 12 tahun. Sepanjang kerjayanya, Mark telah berjaya membangun dan melaksanakan perisian dan teknologi pelbagai syarikat yang ingin membina jenama digital, mengembangkang jualan dan memperbaiki pengalaman pelanggan dan pekerja.

Mark mempunyai minat yang mendalam terhadap teknologi dan beliau tahu tentang pentingnya menyokong pencipta inovasi. Oleh sebab itulah Mark percaya dalam membangunkan kekuatan individu serta mencipta pasukan dan sisyem pembangunan perisian yang berprestasi tinggi. Mark percaya bahawa sebuah pasukan akan menjadi lebih kuat berbanding dengan seorang individu dan sebab itu juga beliau percaya dalam membina perhubungan yang berjaya antara jabatan-jabatan.

Selain daripada minatnya terhadap komputer dan perisian, Mark gemar berlari, membaca, berlayar dan meluangkan masa bersama keluarga. Beliau tinggal di Midvale, Utah bersama isteri, Emily, dan tujuh orang anak, di mana tiga daripada mereka merupakan anak angkat kepada keluarganya.

Mark sangat teruja dalam kerjayanya di Young Living di mana beliau berpeluang untuk mengubah kehidupan individu lain. Beliau meminati sokongan kesejahteraan dari NingXia Red® dan aroma campuran minyak minyak pati Valor® yang tenang dan memberikan tenaga.

Todd Walker

Naib Presiden, Inovasi Jualan dan Perniagaan Global

Todd menyertai Young Living lengkap dengan pengalaman dalam jualan langsung dalam produk kesihatan dan kesejahteraan, berikutan kerjayanya bersama Amway, di mana beliau fokus dalam inovasi nutrisi dan pengurusan jenama global. Pengalamannya selama beberapa tahun bersama syarikat lain seperti Procter & Gamble dan Johnson & Johnson serta MBA yang beliau terima daripada Duke University telah melengkapkan beliau dengan kemahiran kepimpinan yang tinggi, lebih-lebih lagi dalam pemasaran global, pengurusan jenama, pelancaran produk baharu dan perancangan strategic serta rantaian bekalan.

Selain daripada kemahiran kepimpinan, Todd juga mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pelancaran jenama global dan solusi kesejahteraan, menguruskan agensi, melakukan penyelidikan pemasaran dan bekerja bersama pasukan jualan dan jenama untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan pemasaran global dan inisiatif perniagaan.

Pada masa lapangnya, Todd gemar memberi tunjuk ajar pada golongan belia, bermain ski dan tenis.

Shane Smith

Naib Presiden, Pemasaran A.S.

Kerjaya Shane Smith selama hampir dua dekad dalam pemasaran sentiasa didorong oleh minatnya terhadap bercerita. Sejak 2010, beliau telah menggunakan minatnya dalam membentuk cara Young Living berkomunikasi dengan ahli, membantu membangunkan suara jenama yang boleh dikenali, strategi komunikasi global dan program pemasaran kandungan yang telah meletakkan Young Living sebagai syarikat yang segar, mesra dan peneraju yang berwibawa dalam industri minyak pati. Tiada apa yang lebih penting bagi Shane daripada menceritakan kisah yang sebenar dengan cara yang betul dan pada waktu yang sesuai. Beliau menamatkan pelajaran di Brigham Young University, mahir berbahasa Sepanyol dan merupakan ahli Forbes Communications Council.

Shane mempercayai Young Living dan industri jualan langsung atas sebab pemerkasaan dan keterujaan yang ditawarkan kepada ahli. Beliau juga menggemari dan menggunakan produk Young Living yang bertaraf dunia setiap hari, dari NingXia Red® sebelum melakukan senaman sehinggalah ke campuran beberapa minyak pati istimewa yang beliau baurkan di pejabatnya.

Shane berasal dari Utah dan beliau gemar mendaki dan bermain ski sambil menikmati keindahan luar bandar. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap yoga, menulis, membaca, muzik, mengembara, fesyen dan makanan. Jika beliau tidak bekerja dan bersama keluarga YL, Shane akan meluangkan masa sebanyak mungkin dengan keluarganya

Brittani Lambert

Naib Presiden, Acara Global

Brittani Lambert memiliki pengalaman hampir dua dekad dalam industri jualan langsung dan beliau telah meluangkan separuh tempoh tersebut dengan bekerja di Young Living. Dengan menggunakan mintanya yang mendalam terhadap kesempurnaa, Brittani telah memainkan beberapa peranan, termasuk sebagai pengurus Member Services, juruteknik kawalan kualiti IT dan pengarah kanan Acara Global. Sepanjang tempoh kerjayanya bersama Young Living, Brittani telah berjaya memfokuskan minat beliau dan idea-idea yang hebat terhadap pengalaman dan acara yang gilang-gemilang.

Brittani juga pernah dilantik sebagai naib presiden jualan dan pemasaran dalam memulakan perniagaan. Pengalaman beliau dalam dunia permulaan perniagaan yang berkelajuan tinggi dan pelbagai rupa telah melengkapkan diri beliau untuk menerajui perkembangan syarikat yang bernilai berbilion dolar.

Selain daripada kehidupan profesional, Brittani juga gemar bersukan. Di sekolah menengah, beliau bermain sofbal, bola keranjang dan bola tampar dan beliau juga mengambil bahagian dalam pasukan sorak dan balapan. Brittani mempunyai dua anak lelaki dan keluarganya menggemari minyak pati Peppermint, R.C., dan Stress Away.

Jason Dewey

Naib Presiden, Pengurusan Produk Global

Sepanjang kerjayanya selama hampir sedekad di Young Living, Jason Dewey sentiasa mengagumi rangkaian produk Young Living yang meluas, sama ada dalam menyelaraskan pembangunan produk sebagai pengurus pemasaran produk, memastikan pelancaran produk baharu mengikut jadual sebagai pengurus projek atau mengurus pembangunan dan kitar hayat lebih daripada 600 produk Young Living sebagai pengarah kanan Pengurusan Projek. Sebagai Naib Presiden Pengurusan Produk, Jason membimbing strategi global bagi pembangunan, pelancaran dan pengurusan produk Young Living.

Sebelum menyertai Young Living pada tahun 2009, Jason pernah berkhidmat dalam bidang pengurusan runcit, kewangan dan operasi dengan menggunakan ijazah B.A dalam pentadbiran perniagaan dari Utah Valley University bagi setiap jawatan. Beliau memberikan kredit terhadap minat dan kesetiaan beliau dengan Young Living ke atas persekitaran syarikat yang erat dan peluang yang beliau dapat dengan menjadi sebahagian daripada pergerakan kesihatan dan kesejahteraan bersama individu yang mempunyai wawasan yang sama. Satu daripada perkara yang Jason paling gemari tentang pekerjaan beliau adalah melihat reaksi ahli terhadap produk baharu sambil memerhati usaha pelbagai pasukan yang terlibat dalam pelancaran tersebut.

Jason mahir berbahasa Sepanyol dan Guarani, iaitu Bahasa yang berasal dari Amerika Selatan. Beliau gemar meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak beliau, mengembara dan berlatih untuk triathlon dan marathon. Semasa dan selepas latihan, Jason akan menggunakan minyak pati kegemaran beliau iaitu Berbuli Deep Relief. Dia akan memastikan dia sentiasa ada Berbuli Stress Away dalam tangan.

Sarah Bjorgaard

Pengurus Besar, Amerika Utara

Bermula dengan bekerja di ladang hingga beliau mencipta kejayaan dalam dunia jualan langsung, seluruh dunia pekerjaan Sarah Bjorgaard telah membawa beliau ke kedudukan beliau yang terkini, iaitu dengan memegang peranan sebagai Pengurus Besar Amerika Utara!

Sara dibesarkan di sebuah ladang pertanian dan dibayar upah untuk menjaga tumbuh-tumbuhan dan haiwan di ladang. Misi Young Living seiring dengan komitmen yang beliau pegang sejak kecil, iaitu memupuk kesejahteraan dari tanah.

Beliau menamatkan pelajaran di Ridgewater College di Minnesota dengan ijazah dalam kosmetologi dan khusus dalam operasi perniagaan. Latar belakang dan minat beliau dalam kosmetologi menjadikan beliau individu paling sesuai untuk memegang peranan dalam Mary Kay Cosmetics, di mana beliau telah bekerja selama lebih 14 tahun sebagai eksekutif bebas yang mengajar tentang penjagaan dan warna kulit. Beliau juga membimbing Perunding Kecantikan Bebas tentang strategi perkembangan perniagaan di Amerika Syarikat, Kanada, UK dan Australia.

Beliau menyertai Young Living dengan berbekalkan 25 tahun pengalaman dalam industri jualan langsung. Beliau telah memimpin pasukan yang dinamik dan berprestasi tinggi dengan beberapa syarikat seperti Tastefully Simple, Melaleuca dan Plexus Worldwide.

Pada mulanya, Sarah bekerja sebagai Naib Presiden Urusan Kecantikan sebelum mencapai pangkat sebagai Pengurus Besar di pasaran A.S. Tiada apa yang mengejutkan dengan pencapaian drastik beliau berbanding dengan pendidikan, pengalaman bekerja dan latar belakang yang beliau miliki.

Sebelum menyertai Young Living, Sarah pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden jualan global, di mana beliau mengetuai semua aspek komunikasi global dan media sosial, mencipta dan melaksanakan insentif lapangan, membangunkan dan menjalankan latihan berkesan tentang penggunaan alatan jualan, melatih dan menetapkan matlamat dengan leader serta membangunkan perniagaan baharu.

Selain daripada cinta beliau terhadap alam semula jadi, Sarah gemar membantu individu lain membina kemahiran kepimpinan mereka dan membimbing dalam membangunkan perniagaan mereka. Beliau juga gemar meluangkan masa dengan keluarga, membina landskap dan menghias rumah.

Antara produk Young Living kegemaran Sarah ialah Berbuli Stress-Away™ dan Pengilat Bibir Savvy Minerals®. Beliau amat teruja untuk mengukuhkan pengalaman ekstensif beliau, menyinsing lengan baju dan berkongsi kemahiran beliau di Amerika Utara.

Troy Mohr

Naib Presiden, Pengeluaran, Pemenuhan & Penyumberan Strategik Global

Ketika memegang jawatan progresifnya yang ketiga sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Troy Mohr menyelia dan memimpin tapak pengeluaran dalam global Young Living, 67 tapak pengeluaran kontrak dan pasukan penyumberan strategik Young Living yang menyokong penggudangan dan pemenuhan di 17 negara.

Troy telah berkhidmat selama 30 tahun dalam operasi dan pengeluaran di kedua-dua sector swasta dan awam serta mempunyai latar belakang industri yang pelbagai termasuk nutrisi, perubatan dan penjagaan diri serta penempatan dan industri berat/automotif. Sepanjang kerjayanya, Troy telah melancarkan pelbagai perniagaan dan produk baharu, membuka pasaran baharu dan membina pasukan yang berprestasi tinggi di seluruh dunia. Beliau menerima ijazah B.A. dalam pentadbiran perniagaan daripada Lewis University dan MBA daripada University of Chicago, serta Sijil dalam Pengurusan Perolehan daripada DePaul University.

Troy pernah menginap di tiga buah negara, mengembara ke 46 daripada 50 negeri di Amerika Syarikat dan bekerja di 42 negara. Beliau dan isterinya, Julie kini menginap di Draper, Utah bersama empat orang anaknya. Minyak pati kegemaran beliau ialah Sacred Sandalwood.

Julie Hunter

Naib Presiden, Timbalan Pegawai Pencapaian Kelola/Pematuhan

Julie Hunter menyertai Young Living pada tahun 2013 setelah meluangkan masa hampir 20 tahun bekerja dengan beberapa pasukan undang-undang dan pematuhan. Beliau telah membantu Young Living dalam membina program-program yang memperkasakan kakitangan, pelanggan dan vendor dalam melaksanakan amalan yang terbaik bagi mematui undang-undang, peraturan, piawaian dan etika perniagaan Young Living. Satu daripada program yang beliau telah berjaya bina ialah pasukan Pencapaian Kelola, di mana program ini menawarkan kemesraan pelanggan dan maklumat yang mudah dicapai serta berguna kepada ahli bagi membantu menjadikan perniagaan Young Living mereka lebih patuh terhadap peraturan. Julie juga telah berjaya mencipta satu tanda aras Piawaian dalam program Seed to Seal® Young Living.

Julie pernah berkhidmat sebagai fakulti adjung di sebuah kolej tempatan dan beliau telah membawa pengalaman tersebut ke beberapa buah syarikat seperti Mrs. Fields, Nature’s Sunshine dan Synergy Worldwide dan menyokong jabatan undang-undang dalam sektor kepatuhan, penyelesaian konflik dan perhubungan undang-undang kompleks. Pengalaman kerja Julie termasuk mengedit, menulis, mendidik dan melaksanakan dasar, undang-undang dan perjanjian syarikat. Di Young Living, Julie telah jatuh cinta dengan perhubungan yang telah beliau bina dengan komuniti kakitangan dan ahli Young Living yang unik dan prihatin, di mana beliau sangat teruja untuk menawarkan khidmat kepada mereka.

Julie telah mendirikan rumah tangga selama 30 tahun dan beliau merupakan seorang ibu kepada lima anak yang telah dewasa dan nenek kepada tiga orang cucu. Beliau gemar menerokai dunia, membina perhubungan dan meluangkan masa untuk mendaki, berkhemah, berlayar dan memandu pacuan empat roda bersama keluarganya. Minyak kegemaran beliau ialah Peppermint, Deep Relief, Stress Away, dan Lavender.

Aubrey Bates

Naib Presiden Insan

Aubrey Bates membawa latar belakang yang ekstensif dalam sumber manusia dalam peranan beliau sebagai Naib Presiden Insan Young Living. Sebagai seorang yang berorientasikan pembangunan, berwawasan dan mempunyai komitmen terhadap kepelbagaian dan keterangkuman, minat beliau dalam keinsanan dan pembangunan tempat kerja yang bertaraf dunia menjadikan beliau padanan yang sempurna bagi YL.

Aubrey pernah berkhidmat sebagai presiden dan pemilik bersama Spherion Staffing di Idaho dan sebagai naib presiden Spherion Staffing di Utah. Beliau juga pernah terlibat dalam pelbagai projek dengan organisasi tempatan, termasuk Pejabat Pembangunan Ekonomi Gabenor Utah.

Aubrey merupakan rakan kongsi dalam League of Allies dan beliau berkhidmat dalam lembaga penasihat bagi Women’s Leadership Institute, iaitu sebuah organisasi yang berdedikasi dalam kesamaan gender dan keterangkuman. Beliau menggabungkan amalan kerja yang dipacu oleh data dengan kepekaan terhadap kebudayaan dan kemasyarakatan yang tersembunyi agar selari dengan trend eknomi, pendidikan dan pekerjaan.

Selain daripada memberikan pendidikan tentang strategi bagi memperbaiki inklusiviti, Aubrey juga merupakan naib pengerusi bagi sekolah carter yang berasaskan pertanian untuk remaja berisiko dan memerang peranan sebagai penasihat eksekutif dalam sebuah syarikat pertanian lestari serta menganjurkan acara-acara DisruptHR. Majalah Utah Business telah mengiktiraf Aubrey sebagai seorang wanita paling berjaya dan berpengaruh di Utah.

Aubrey telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan dan beliau gemar meluangkan masa di ladang keluarga beliau yang berhampiran dengan kawasan pergunungan. Beliau membesar dengan minyak pati dan minyak kegemaran beliau ialah Thieves®.

Gabriel Sanchez

Presiden Serantau, Amerika Latin

Gabriel Sanchez dilahirkan di selatan Mexico, tempat beliau membesar sepanjang zaman kolej dan ketika di fakulti undang-undang. Beliau tiba di Amerika Syarikat pada tahun 2001 untuk melanjutkan pelajaran undang-undang dan menjalankan latihan undang-undang antarabangsa selama 12 tahun. Gabriel menyertai Young Living pada tahun 2015 dan menjadi penyumbang utama kepada perkembangan syarikat di Amerika Latin dan pasaran baharu. Beliau mempunyai minat yang mendalam tentang peluang unik untuk menyokong perkembangan berterusan Young Living di luar negara. Gabriel telah bekerja dengan pasaran antarabangsa selama lebih daripada sedekad dan telah berkongsi pengalaman beliau di sektor antarabangsa.

Komitmen Young Living kepada dunia dalam memberikan nikmat kemewahan dan kesejahteraan merupakan objektif utama Gabriel dalam beliau melibatkan diri secara langsung dengan pembangunan strategik syarikat. Beliau menemui kepuasan dalam membantu individu lain berjaya dan mencapai matlamat mereka dalam merangka keutamaan global bagi Young Living.

Gabriel amat suka mencuba makanan dan bertemu individu baharu, mengembara, menonton bola speak dan meluangkan masa bersama keluarganya. Minyak kegemaran Gabriel ialah Thieves® dan beliau juga menggemari NingXia Red®.

Tai Tolman

Presiden Serantau, Asia-Pasifik

Dengan latar belakang selama 16 tahun dalam jualan langsung dan pengurusan pasaran global, Tai telah mencapai kejayaan dalam kerjayanya dan menempa nama apabila beliau berjaya membuka dan membangun lebih daripada 32 pasaran antarabangsa di seluruh Asia dan Eropah. Sejak 2005, Tai telah menginap dan bekerja secara profesional di lima buah negara dan dalam 10 tahun kebelakangan ini, beliau telah berkhidmat di Asia sebagai Naib Presiden di Melaleuca.

Atas minatnya terhadap pendidikan berterusan, Tai telah menerima ijazah dalam ekonomik global di BYU dan menerima ijacah MBA dari UCLA dan National University of Singapore. Tai, bersama-sama isterinya Tanya dan empat orang anaknya, kini menginap di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana mereka merupakan ahli aktif dalam komuniti, pemilik gym dan penggemar tegar kecergasan serta menjadi jurulatih pasukan ragbi anak-anak mereka pada hujung minggu.

Tai tertarik dengan Young Living kerana beliau mendapat peluang menjadi sebahagian daripada usaha murni dalam menghubungkan produk kelas antarabangsa dengan mengubah kehidupan dan komuniti.

Peter Foss

Presiden Serantau, EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika)

Peter dilahirkan di Eropah dan beliau merupakan aset yang penting dalam kerja-kerja Young Living di Eropah. Peter membesar di Denmark dan melanjutkan pelajaran di University of Odence, Denmark, di mana beliau menerima MBA yang mengkhususkan jualan dan pemasaran. Peter juga mempunyai pengalaman global berikutan jawatan beliau sebagai GM di USANA Korea dan Jepun serta GM di Melaleuca Australia/New Zealand.

Selain daripada itu, Peter telah berkhidmat dengan pelbagai syarikat jualan langsung termasuk syarikat Fortune 500 seperti General Motors, 3M, Honda dan Ford dan beliau pernah mengajar subjek perniagaan sebagai professor adjung di Odense University, Westminster College dan Utah State University.

Peter mempunyai minat yang mendalam dalam membangun dan melaksanakan strategi pembangunan dengan menggunakan pengalaman strategi dan taktikal serta bekerjasama dalam menghubungkan individu dengan usaha yang sesuai.

Jeffrey Pearson

Naib Presiden Jualan A.S.
jpearson@youngliving.com

Jeffrey Pearson mula membentuk Jualan A.S. di Young Living pada bulan Mac 2016 dan telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang inovatif dalam pelbagai jawatan yang beliau pegang di Young Living, termasuk Pengarah Jualan Serantau dan Pengarah Kanan Jualan A.S.. Beliau memainkan peranan yang penting dalam Young Living dan beliau menggunakan kemahirannya yang pelbagai untuk membawa pembaharuan kepada pengalaman ahli sambil mengekalkan nilai-nilai asas Young Living. Beliau juga mencipta satu strategi yang jelas kepada pemimpin Young Living yang membenarkan mereka mencapai matlamat mereka, termasuk melancarkan pelbagai inisiatif yang fokus pada sektor masing-masing, seperti program dan latihan pembangunan pemimpin, strategi acara dan struktur sokongan pemimpin.

Jeff memiliki pengalaman profesional selama 12 tahun yang melambangkan minatnya pada syarikat jualan langsung. Setelah menerima ijazahnya dalam pemasaran, beliau berkhidmat dalam jualan langsung dan meminati rancangan perniagaan dan individu yang terlibat dalam industri tersebut. Ketika beliau berkhidmat dalalam pasaran yang bernilai jutaan dolar dengan memegang pelbagai jawatan dalam jualan dan pemasaran, beliau terus mempunyai minat yang mendalam untuk membantu individu mencapai matlamat perniagaan mereka dan mendapatkan potensial mereka yang sepenuhnya. Beliau terus yakin dengan kepentingan pembangunan peribadi dan mengekalkan keseimbangan gaya hidup yang sihat.

Jeffrey dan isterinya, Natalie, telah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan mereka dikurniakan empat cahaya mata: Brynlie, Hallie, Ellie dan Avrie. Jika Jeffrey tidak meluangkan masa dengan anak-anak, beliau gemar bermain golf, meluncur, berlayar, bermain tenis atau melakukan apa-apa sahja aktiviti luar. Beliau amat gemar bersukan dan beliau penyokong kuat BYU dan Utah Jazz.

Beliau amat prihatin terhadap ahli-ahli dan beliau bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Young Living. Walaupun beliau menggemari pelbagai produk Young Living, produk kegemaran beliau ialah NingXia Red®, Thieves®, dan Frankincense.

Kristen Tod

Naib Presiden, Eropah

Young Living dengan berbesar hati memperkenalkan Kristen Tod sebagai Naib Presiden Eropah yang baharu. Dengan kedudukan yang baru dicipta ini, Kristen akan memberikan tumpuan dalam membina perhubungan yang akan memajukan Young Living di Eropah ke tahap yang seterusnya.

Kristen memiliki pengalaman mengagumkan selama 30 tahun dalam industri jualan langsung, sejak beliau berumur 19 tahun lagi. Sejak itu, beliau telah berkhidmat sebagai pengedar dengan syarikat rangkaian yang lain, memulakan syarikat pemasaran rangkaian beliau sendiri dan menjadi pemimpin jualan dan pembangunan perniagaan korporat yang berjaya.

Kristen telah bersama Young Living sejak 2014 dan telah membantu syarikat semasa pertukaran di ibu pejabat baharu dari Brisbane ke Sydney. Di bawah kepimpinan beliau, Young Living di Australia telah mencapai perkembangan sebanyak 180 peratus, menjadikannya sebagai syarikat pemasaran jaringan terbesar di Australia dan New Zealand.

Kristen kini dalam usaha untuk mendapat kelulusan MBA. Beliau meluangkan masa dengan suami, anak lelaki dan keluarga beliau, termasuk dua orang cucu. Ketika waktu lapang, beliau akan mereka bentuk barang perhiasan, membeli pelbagai perhiasan dalam jualan lelong dan mereka semula perhiasan tersebut. Ramai yang tertarik dengan minat Kristen yang mendalam, tunjuk ajar dan gaya pengurusan beliau dalam membantu mereka membina perniagaan mereka sendiri.

Malah sebelum menyertai Young Living, Kristen telahpun menggunakan minyak pati Lavender Young Living untuk merehatkan badan sebelum waktu tidur.

Tyler Williams

Pengurus Besar, Hong Kong dan Taiwan
tyWilliams@youngliving.com

Tyler telah menyertai Young Living sejak 2009 dan beliau kini mengendalikan operasi bagi rantau Greater China, termasuk perkhidmatan pelanggan, logistic dan rangkaian bekalan serta jualan dan pemasaran. Dengan pengalaman dalam industri pemasaran selama lebih 13 tahun dan latar belakang yang kuat dalam pembangunan antarabangsa, Tyler memainkan peranan penting dalam pembukaan dan perkembangan pasaran baharu dalam rantau tersebut. Beliau telah mengembangkan jualan dalam rantau tersebut dan dengan pantas menjadikannya satu daripada tiga pasaran terbaik bagi Young Living.

Selain daripada pengalamannya dalam industri, Tyler mempunyai latar belakang yang mengagumkan dalam perniagaan antarabangsa, lebih-lebih lagi dalam pengurusan operasi di Asia, pembangunan produk serta pemasaran, jualan, perancangan strategik dan pelaksanaan.

Tyler dan isterinya telah dikurniakan dengan dua anak perempuan dan beliau suka meluangkan masa bersama mereka. Beliau juga meminati sukan bola keranjang, meluncur, meredah hutan dan mendaki gunung. Beliau melengkapkan gaya hidup sihat beliau dengan Thieves® Vitality™.

Yu Ohki

Pengurus Besar, Jepun
yohki@youngliving.com

Sebagai warga Jepun, Yu telah membawa satu perspektif global terhadap apa-apa peranan yang menjadikan beliau satu aset yang berharga kepada pelabagi syarikat yang mempunyai fokus antarabangsa. Yu menyertai pasukan Young Living pada tahun 2014 dan sebelum beliau dilantik sebagai Pengurus Negara Jepun, beliau telah memegang beberapa jawatan seperti Pengarah Pemasaran Dalam Talian dan Pengarah Jualan Global dan Pembaharuan Perniagaan. Tugas-tugas Yu adalah fokus terhadap membenarkan dan memberikan ahli insentif untuk membantu mereka membina perniagaan mereka yang terbaik.

Tugasan Yu yang terdahulu dalam dunia jualan langsung bukan sahaja merangkumi tanggungjawab sebagai seorang pengurus, malah juga sebagai seorang pengedar. Dengan pengalaman ini, Yu mengekalkan pendekatan langsung serta sikapnya yang ramah dalam menawarkan penyelesaian yang memperkasakan kepada ahli dan para eksekutif.

Beberapa produk Young Living kegemaran Yu termasuk minyak pati Peppermint dan apa-apa minyak sitrus, lebih-lebih lagi Citrus Fresh™ dan Lemon. Beliau juga gemar menggunakan Deep Relief™ dan Frankincense disebabkan oleh aromanya yang kuat yang membolehkan beliau menyegarkan diri beliau semula.

Tente Alday

Pengurus Besar, Filipina
calday@youngliving.com


Tente mempunyai rekod yang mengagumkan dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam pengurusan dengan menerajui syarikat insurans dan jualan langsung yang terbaik di Filipina. Beliau mempunyai minat yang jitu dalam mengepalai kebalikan perniagaan dan memandu perkembangan yang konsisten dengan menyempurnakan perkara yang asas dan menginspirasikan pasukan yang berprestasi tinggi. Sepanjang tujuh tahun kerjayanya sebagai pengurus besar di Mary Kay Filipina, Tente mengetuai satu kebalikan pasaran yang menghasilkan perkembangan sebanyak 154 peratus dalam jualan, 184 peratus dalam pendaftaran dan 128 peratus dalam pembangunan kepimpinan. Tente juga merupakan seorang pemimpin yang mengamalkan kepimpinan melalui teladan dan beliau membenarkan etika, nilai dan prinsip memandu kejayaan beliau. Beliau bersedia untuk berjaya dalam jawatan kepimpinan beliau yang baharu di Young Living dengan bantuan minyak pati kegemaran beliau iaitu Lavender dan Peppermint.

Travis Miller

Pengurus Negara, Ecuador
tmiller@youngliving.com


Travis Miller menyertai Young Living pada tahun 2015. Ketika itu, beliau memegang peranan yang pelbagai dalam syarikat, termasuk pengurus Brand Ambassador dan pengurus NFR. Semasa perkhidmatan beliau di Young Living, Travis telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pemimpin yang berkelayakan dengan berlatarbelakangkan perniagaan antarabangsa. Latar belakang, kemahiran dan semangat beliau akan memberikan kebaikan kepada para ahli di Ecuador apabila beliau dilantik untuk berkhidmat kepada ahli di Amerika Latin.

Travis memiliki ijazah dalam perniagaan antarabangsa daripada Utah Valley University dan MBA daripada Westminster College. Latar belakang pelajarannya yang hebat ini, serta pengalamannya sebagai usahawan kewangan dan pemasaran langsung lebih daripada tujuh tahun, akan membantu beliau meneruskan misi Young Living di Ecuador. Beliau mempunyai minat yang mendalam dengan peranan yang beliau bawa dalam mengajar dan memperkasa kakitangan yang lain serta ahli untuk mencapai potensi mereka.

Sekiranya Travis tidak membantu memperkenalkan minyak pati ke seluruh dunia, beliau gemar meluangkan masa dengan keluarganya, iaitu isteri beliau, Jacey, dan dua orang anak beliau, Julian dan Roman. Bagi merehat dan menenangkan diri, beliau gemar bersukan atau menyertai acara sukan. Sudah semestinya minyak kegemaran beliau ialah R.C.™ yang merupakan peneman yang tepat ketika melakukan latihan senaman harian beliau dan beliau tidak akan mengembara sambil menerokai pelbagai hidangan di seluruh dunia tanpa Life 9™.

Manuel Ramirez

Pengurus Besar, Mexico
maramirez@youngliving.com


Perjalanan Manuel Ramirez di Young Living merupakan satu perjalanan yang unik. Kali pertama beliau diperkenalkan kepada Young Living ialah pada tahun 1997 apablia beliau bertemu dengan pengasas Young Living, D. Gary Young untuk menerokai satu perkongsian perniagaan. Walaupun perkongsian itu tidak berhasil, Manuel kini amat teruja untuk memberikan sumbangan kepada ahli dalam pasukan Young Living.

Dengan pengalaman lebih 24 tahun, Manuel tidak asing lagi dalam industri jualan langsung. Setelah menerima ijazah dalam bidang kimia dan farmakologi, beliau memulakan langkah kerjayanya dalam jualan dan pemasaran. Beliau telah berkhidmat untuk pelbagai syarikat, termasuk Morinda Inc. 4Life Research, Market America dan Jeunesse Global dengan jawatan yang membenarkan beliau menguruskan pasukan jualan dan pemasaran dan juga sebagai pengurus besar.

Manuel bersemangat dengan kerjayanya di Young Living kerana beliau dapat meneruskan minat beliau sambil meluangkan masa bersama keluarganya. Beliau telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan telah dikurniakan dua anak perempuan yang cantik. Sekiranya beliau tidak berusaha keras dalam mencipta strategi bagi pemasaran di Mexico, Manuel gemar meluangkan masa dengan berkayak, menghadiri persembahan teater dan bersantai bersama kawan-kawan dan keluarga.

Produk Young Living kegemaran beliau ialah minyak mint dan sitrus. Beliau juga menggemari Deep Relief, Breathe Again, dan Syampu Lavender Mint Daily.

Carlos Lopez Ortega

Pengurus Negara, Colombia
clopez@youngliving.com

Carlos Lopez Ortega membawa bersama lebih daripada 25 tahun pengalaman antarabangsa ke pasukan Amerika Latin Young Living sebagai Pengurus Negara Colombia. Beliau pernah mewakili beberapa syarikat di Amerika Latin, termasuk Red Bull®, Coca Cola®, El Tiempo dan Reckitt Benckiser. Carlos mempunyai pengalaman dalam bidang jualan langsung dan beliau pernah berkhidmat dengan syarikat Herbalife®, Zrii® dan Nature's Sunshine®.

Carlos boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Portugis dan Sepanyol serta memegang MBA dalam pengurusan dan kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan. Beliau dengan sukacitanya membawa pengalaman beliau yang luas ke Young Living serta menyokong perkembangan berterusan syarikat serantau dan antarabangsa. Beliau amat teruja untuk menyumbang dalam wawasan Young Living untuk memperkenalkan minyak pati ke setiap kediaman.

Carlos amat menggemari produk Young Living, termasuk minyak campuran Journey On™, NingXia Red® dan rangkaian Slique®. Beliau gemar bertemu ramai individu, membaca buku, berenang dan menyertai seni mempertahankan diri. Beliau juga sering meluangkan masa bersama keluarga tercinta, iaitu isteri beliau, Jaqueline dan anak-anak beliau, Laura dan Sara, serta anjing beliau bernama Ulises.

Vance Yuan

Pengurus Negara, Taiwan
vyuan@youngliving.com

Vance mempunyai pengalaman yang meluas dalam industri farmaseutikal, FMCG dan jualan langsung. Beliau menerima Ijazah dalam Saince daripada Taipei Medical University pada Jun 2000 sebelum beliau melanjutkan pelajaran dan menerima Sarjana Muda Sains dalam bidang farmaseutikal daripada Institute of Taipei Medical University.

Pada tahun 2003, Vance telah menyertai MSD Taiwan, iaitu anak syarikat Merck sebagai wakil jualan. Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai pengurus produk. Pada tahun 2009, beliau menyertai organisasi kesihatan dan sains kehidupan Sanofi sebagai pengurus kanan produk. Dalam bulan Mei 2014, beliau mula berkhidmat sebagai pengarah pendidikan di Nu Skin untuk Greater China. Dalam masa setahun, beliau telah menyelia jabatan pemasaran bagi Taiwan dan Hong Kong. Vance menyertai Young Living pada Julai 2016 dan membawa bersama pemahaman yang mendalam tentang produk kesihatan dan pasaran global. Beliau bersemangat untuk menerajui Young Living Taiwan ke arah pencapaian yang lebih tinggi.

Vance telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki yang kini berumur dua tahun dan beliau gemar membaca dan mengembara dengan keluarga dan kawan-kawan beliau. Produk Young Living kegemaran beliau ialah Jade Lemon Vitality kerana perisanya yang unik dan kerana ia dihasilkan dari negara asalnya Taiwan.

Adeline Law

Pengurus Negara, Malaysia
alaw@youngliving.com


Dengan pengalaman selama 15 tahun dalam bidang pengiklanan dan rekaan, kehidupan Adeline dikelilingi oleh penjenamaan dan pembinaan jenama. Beliau telah menempah nama dalam pelbagai agensi 4A, di mana beliau telah menubuhkan kepimpinan jenama dan strategi penjenamaan untuk klien termasuk beberapa nama yang tersohor seperti Glaxo SmithKline, Maxis Communications, CIMB Group, Nivea, dan Resorts World Genting. Oleh kerana beliau tidak mahu mengekang kebolehan beliau dalam syarikat yang sudah bertapak lama, Adeline meninggalkan bidang agensi dan diangkat menjadi Pengurus Kategori Wilayah bagi nutrisi tambahan untuk Amway Malaysia. Khidmat beliau selama 9 tahun di Amway menyerlah apabila beliau berkongsi kepakaran beliau dengan pasukan syarikat yang beribu pejabat di Grand Rapids, Michigan.

Minat beliau terhadap minyak pati, lebih-lebih lagi minyak pati yang berkualiti, telah membawa beliau ke Young Living – pada mulanya sebagai seorang ahli, sebelum beliau dilantik untuk menyertai pasukan APAC syarikat sebagai Pengarah Jualan dan Pemasaran Wilayah. Dalam masa setahun, Adeline telah diberi kepercayaan untuk menerajui Young Living Malaysia sebagai Pengurus Negara - satu cabaran yang beliau ternanti-nanti dan disambut penuh yakin serta berbesar hati dengan sokongan beberapa minyak kegemaran beliau, iaitu Thieves®, Purification dan R.C. Beliau amat gemar menonton rancangan masakan. Namun beliau masih cuba untuk lebih meluangkan masa di dapur berbanding di hadapan televisyen. Sekiranya beliau tidak 'memasak', Adeline sangat aktif dalam menjalankan aktiviti amal dan kerja-kerja berkaitan yang amat dekat di hati beliau.

Carla Molina Rey

Pengurus Negara Costa Rica

Carla Molina mempunyai pengalaman profesional selama lebih daripada 15 tahun dalam Industri Jualan Langdung dan Pemasaran Jaringan. Dengan kelulusan Perhubungan Awam dan Pentadbiran Perniagaan yang menekankan Sumber Manusia, beliau telah menumpukan pengurusan beliau terhadap perkembangan jualan dalam pasaran antarabangsa.

Carla dan suami beliau, Giovanny, mempunyai tiga orang anak, iaitu Eric, Adrián dan Mónica. Ketika waktu lapang, beliau gemar memasak untuk rakan-rakan dan keluarga. Minyak pati Young Living kegemaran beliau ialah Abundance.


"Saya boleh lihat masa depan yang cerah dan diluar jangkaan bagi Young Living di Amerika Latin. Syarikat ini dibangunkan dengan jiwa, keprihatinan dan wawasan. Menjadikan minyak pati kami sebahagian yang penting dalam setiap kehidupan di Costa Rica bukanlah satu cabaran, tetapi ia merupakan satu penghargaan," kata Carla.

Kemble Morgan

Pengurus Negara - Afrika, Young Living

Kemble merupakan ahli farmasi yang berkelayakan dalam bidang perniagaan termasuk IBM (pentadbiran) dan MBA. Beliau mempunyai pengalaman dalam Jualan Langsung (Pemasaran Jaringan / MLM), pemasaran produk dan pengurusan jualan, serta pengalaman dalam membuat keputusan strategi dan eksekutif di seluruh benua Afrika dalam pelbagai industri, seperti FMCG, Perubatan dan Perkhidmatan Kewangan. Sebagai seorang usahawan, beliau telah mengurus, memasarkan dan mengembangkan syer pasaran dalam semua syarikat yang beliau pernah terlibat.


Kemble berbangga dengan keupayaan beliau untuk menggarap dan memahami tumpuan utama sesebuah kumpulan, lalu menjadi aset penting dalam mencapai objektif kumpulan tersebut. Peranan beliau telah memberi beliau kebebasan dalam memulakan sebuah perniagaan dari peringkat awal hingga menjadi syarikat global yang berfungsi sepenuhnya. Dengan kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dan membina perhubungan interpersonal yang tinggi, beliau dapat bekerjasama dengan baik dalam pasukan dan mampu membina perhubungan yang berdasarkan kepercayaan.


Kepercayaan beliau yang tinggi dalam integriti dan usaha sepasukan telah membantu beliau membuat keputusan yang tepat dalam perniagaan. Sambil memberikan tumpuan terhadap tugasan dalam tangan, beliau juga dapat memantau keadaan sekeliling dan menyesuaikan diri secara organik di kawasan di mana beliau ditempatkan.


Kemble sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak yang tinggal di Johannesburg, Afrika Selatan. Minyak pati Young Living kegemaran beliau ialah Peppermint.

Rick Arnold

Pengurus Besar, Australia dan New Zealand

Young Living dengan bangganya memperkenalkan Rick Arnold sebagai Pengurus Besar Australia dan New Zealand yang baharu. Rick mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri jualan langsung. Beliau telah meluangkan 16 tahun dalam pengurusan korporat dan 10 tahun lagi sebagai pengedar utama dalam syarikat peneraju industri.


Rick memiliki Diploma Pendidikan, khusus dalam bidang sains, muzik, psikologi dan bahasa Inggeris. Beliau juga mempunyai Certificate IV dalam pengurusan barisan depan dan mempunyai sijil dalam pengurusan perniagaan daripada Adelaide University. Sebagai Pengurus Besar Australia dan New Zealand, Rick mempunyai minat yang mendalam terhadap Young Living, produknya yang unik dan falsafah syarikat serta hubungan peribadi terhadap misi beliau sendiri.

Carla Marco

Pengurus Besar, Brazil

Young Living dengan besar hati memperkenalkan Carla Marco sebagai Pengurus Besar Brazil. Carla mempunyai 20 tahun pengalaman dalam barangan pengguna dan pemasaran jaringan, serta rekod kejayaan dan penghargaan dalam industri kecantikan dan kosmetik.


Sebagai pemimpin, Carla amat berdedikasi terhadap pengurusan yang telus, membina potensi individu lain dan sentiasa bergerak dalam berusaha untuk mencari penyelesaian. "Ini merupakan trajektori perniagaan saya. Saya percaya bahawa setiap keputusan itu mempunyai pelbagai kaedah penyelesaiannya. Anda perlu tahu keadaan yang sebenar dan anda perlu mencari pendekatan terhadap situasi keseluruhan sebelum anda menemui penyelesaian yang sebenar-benarnya," beliau berkata.


Carla telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Vitor. Beliau memiliki ijazah dalam komunikasi, khusus dalam perhubungan awam dan MBA dalam pengurusan perniagaan.


Carla amat mengesyorkan penggunaan campuran minyak pati Stress Away™and Highest Potential™ dari Young Living.