Kualiti Young Living Selama 20 Tahun

Lebih 20 tahun yang lalu, Pengasas Young Living dan CEO D. Gary Young membeli ladang herba pertama Young Living di St. Maries, Idaho, dan memulakan dan mengamalkan satu tradisi kualiti yang tidak pernah goyah sejak itu. Hari ini setiap satu daripada enam ladang kami mengamalkan secara eksklusif proses Seed to Seal® proprietari kami.

Di dalam proses Seed to Seal, kami memantau dengan teliti setiap minyak pati, dari masa kami tanam benih yang dipilih secara teliti hingga ke semasa hasilan botani ini disulingkan dan dikedapkan di dalam kilang tercanggih kami. Selain daripada itu, setiap minyak melalui ujian menyeluruh dalaman dan pihak ketiga untuk memastikan setiap titisan melebihi standard kami yang tertinggi dalam industri. Oleh kerana pendekatan ini sangat rumit, minyak pati kami dikenali di seluruh dunia sebagai minyak bermutu paling tinggi yang boleh didapati.

Setiap hari lebih ramai orang mendapat tahu bahawa bukan sahaja bagaimana minyak pati boleh mengubah kehidupan mereka tetapi juga mengapa kelainan Young Living menjadikan semuanya berbeza daripada dahulu.

Fakta Kualiti Young Living

Kilang penyulingan kami yang serba baru di Highland Flats Tree Farm di Idaho ialah satu daripada yang terbesar dan paling maju dari segi teknologi di dunia. Diautomasikan sepenuhnya, kilang penyulingan ini mengeluarkan sebahagian daripada minyak pati kami yang paling terkenal, termasuk Idaho Blue Spruce dengan cekap.
Setiap musim bunga dan musim sejuk kami menjemput ahli kami daripada seluruh dunia untuk meluangkan dari beberapa hari hingga beberapa minggu di ladang kami untuk bersama-sama menuai dan menanam semula dan melihat proses Seed to Seal dijalankan. Acara penanaman semula kami hanyalah satu contoh daripada usaha kelestarian kami yang berterusan.
Ladang St Maries, Idaho, dibeli oleh Gary dalam tahun 1992 dan tidak pernah didedahkan kepada baja sintetik, racun serangga, dan bahan kimia lain yang berbahaya. Kami berusaha gigih untuk mengekalkan keadaannya yang segar dan bersih.
Menonjol berbanding dengan jenis frankincense lain dari segi kimia, minyak pati Sacred Frankincense eksklusif Young Living disulingkan di ladang Salalah, Oman kami melalui perkongsian dengan kerajaan Oman. Young Living ialah satu-satunya syarikat yang mempunyai kebenaran untuk mengeksport minyak pati yang berharga ini.