Menghubung Komuniti Global selama 20 Tahun

Dalam masa 20 tahun lepas, Young Living telah membina komuniti yang berkembang maju dan membantu ahli dari seluruh dunia berhubung dan membantu satu sama lain.
Lengkongan rakan-rakan yang sentiasa berkembang ini bermula dengan terbentuknya Young Living oleh D. Gary dan Mary Young dalam tahun 1994. Pasaran baru dibuka secara rasmi beberapa tahun kemudian di Jepun dan Australia. Sekarang, ahli Young Living ditemui di banyak negara, termasuk Hong Kong, Mexico, Singapura, Jerman, dan banyak lagi.
Kekuatan komuniti ini menjadi contoh yang paling baik semasa Konvensyen Agung Antarabangsa tahunan, bila mana individu-individu yang berfikiran sama berkumpul dari semua pelusuk dunia untuk merayakan semuanya berkenaan Young Living.
Menghubungkan komuniti global bukan hanya tentang memanjangkan capaian kita merentasi peta-ia juga tentang menguatkan pengaruh positif kita dalam komuniti tempatan. Berikut ialah beberapa cara kita sertai komuniti kita dan memberikan sokongan dan perkhidmatan:
Dalam bulan Jun 2013, ahli Young Living di sekitar Calgary, Kanada, bertindak apabila berlaku banjir besar di kawasan itu dengan memberikan perkhidmatan yang tersusun selama beberapa hari. Mereka bertemu dengan warga tempatan untuk membantu membersihkan kawasan dan memulihkan komuniti mereka.
Pejabat Eropah Young Living mempunyai "Dana Bagi Tujuan Baik" khas, yang digunakan untuk membeli peralatan untuk kanak-kanak kurang upaya dan menaja pekerja dalam acara amal tempatan.
Pekerja Young Living mengambil bahagian dalam kayuhan basikal National Alliance of Mental Illness (NAMI) 2013, satu acara untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit mental yang diadakan di Utah.
Melalui pertumbuhan pesat dan penyertaan dalam komuniti, Young Living telah menghubungkan orang dari seluruh dunia selama dua dekad. Dengan pembukaan pasaran terancang di Sweden, Malaysia, dan United Kingdom, serta bilangan konvensyen antarabangsa yang semakin meningkat dan program-program perkhidmatan bantuan, Young Living akan terus melakukannya dalam banyak tahun yang akan datang!