Kita sentiasa inginkan kehidupan yang bahagia, namun ada kalanya kesibukan menjadikan kebahagiaan yang ingin dicapai itu sukar. Tetapi, dengan beberapa amalan mudah setiap hari pasti boleh meningkatkan tahap keceriaan anda.

Daripada amalan kesihatan seperti tidur yang cukup dan bersenam untuk memperbaiki teknik bertafakur dan penetapan matlamat, amalan kegembiraan ini sering terdapat dalam jadual mereka yang bahagia. Dan yang paling menarik ialah, terdapat minyak pati yang boleh digunakan untuk setiap amalan tersebut!

Berikut ialah senarai amalan dan kebaikan minyak pati supaya anda boleh memulakan perjalanan anda ke arah masa depan yang lebih cerah!

Peppermint Essential OilPeppermint untuk bersenam

Anda kenal sesiapa yang gemarkan Peppermint? Mereka pasti menggunakannya mengikut gaya hidup mereka yang aktif yang merupakan sebahagian penting dalam sebuah kehidupan yang bahagia! Sama ada di gym, ketika di studio yoga, bermain sukan kegemaran atau berkejar-kejaran dengan anak-anak, aktiviti fizikal sebegini boleh membantu tubuh dan minda anda menjadi cergas. Lebih-lebih lagi, kesan dingin Peppermint merupakan pelengkap yang sempurna ketika bersenam, terutamanya apabila anda urutkannya pada otot leher, bahu dan kaki.

 

 

Minyak Pati Lavender Young LivingLavender untuk rutin waktu malam anda

Tidur dan mood saling berkait rapat dan mereka yang bahagia pasti tahu bahawa mereka akan berada dalam mood yang paling baik dengan rehat yang mencukupi. Sebab itulah Lavender adalah satu kepentingan bagi mana-mana pakar kebahagian. Aromanya yang menenangkan menjadikannya satu elemen utama pada meja sisi katil, bekas perhiasan dan di mana sahaja yang mudah untuk dicapai sebelum tidur.

Sapukan aroma klasik yang menenangkan ini pada dada, pelipis dan tapak kaki bagi membantu anda beralih daripada seharian yang sibuk ke malam yang mendamaikan.

 

Young Living Frankincense Essential OilFrankincense untuk kerohanian

Mempercayai sesuatu lebih daripada diri anda sendiri akan membawa satu perspektif yang meluaskan pandangan anda. Malah, pengembaraan kerohanian ini boleh membantu anda mencari arah tujuan anda yang akan menambahkan lagi keceriaan dan maksud pada tugasan harian anda.  Dengan aromanya yang tidak bercelaru dan membangkitkan, Frankincense merupakan antara minyak popular dalam kalangan mereka yang mencari kebahagiaan. Sapukan pada dada, pelipis atau leher semasa melakukan amalan kerohanian atau bertafakur.

 

Young Living Joy Essential Oil BlendJoy untuk perhubungan

Kebahagian yang mendalam dan berkekalan amatlah bermakna dalam perhubungan sosial dan anda boleh lihat mereka yang bahagia pasti ada sokongan dan jaringan yang kuat daripada yang tersayang. Joy, yang menggalakkan rasa syurkur dan mesra apabila dibaur, akan membantu anda menyuburkan perhubungan antara individu bagi melestarikan kebahagiaan buat jangka masa panjang.

 

 

Young Living Tangerine Essential Oil

Tangerine untuk optimisme

Setiap individu pasti akan menghadapi masalah, tetapi individu yang bahagia akan sentiasa mencari kebaikan di sebalik kesukaran tersebut. Semangat optimisme ini bukan selalunya mudah untuk dikekalkan, namun ia akan menjadi mudah untuk rasa bersyukur setiap hari dengan adanya latihan.  Untuk memfokuskan semula mengikut rancangan kehidupan anda, baurkan Tangerine, bagi membantu mencipta hasil yang gembira dengan aroma sitrusnya yang indah dan kemanis-manisan. Sapukan juga beberapa titis pada kedua-dua tapak tangan anda dan hidu keharumannya bagi menceriakan hari anda!

 

Young Living Valor Essential OilValor bagi penetapan matlamat

Valor—dikenali dengan aromanya yang membangkitkan dan jelas, serta amat sesuai untuk menetapkan matlamat yang merupakan satu kepentingan dalam kehidupan yang gembira dan bermatlamat. Tanpa matlamat dan aspirasi, adalah tidak mudah untuk menanam harapan pada masa hadapan.

Sebaliknya, setiap hari akan lebih berharga dan bermakna dengan adanya matlamat dan impian untuk dicapai. Malah, anda pasti akan berasa bangga dengan diri sendiri dan akan memperbaiki kehidupan anda setelah mencapai apa-apa matlamat.

 

Young Living Gratitude Essential OilGratitude untuk berkhidmat pada yang lain

Apa yang menarik ialah apabila kita meluangkan masa untuk berkhidmat pada yang lain, kita akan berasa lebih bahagia dengan kehidupan kita sendiri. Rasa belas kasihan terhadap individu lain akan memberikan satu perspektif yang baharu terhadap kehidupan anda.  Ini adalah semudah memasak untuk jiran yang kesepian atau menghubungi rakan yang dalam kesusahan.  Walau apa pun cara anda pilih untuk menceriakan kehidupan seseorang, anda pasti akan merasa tempias keceriaan itu pada diri anda sendiri.

 

 

Minyak pati yang mana membantu anda rasa paling bahagia? Beritahu kami tentang amalan kebahagian anda di ruangan komen di bawah!

 

This post is also available in: English Chinese (Simplified)